Sabtu, 8 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

MBJB turunkan 29,000 poster ah long

Posted: 07 Oct 2011 05:00 PM PDT

MBJB turunkan 29,000 poster ah long SENAI - Sebanyak 29,000 poster iklan ceti haram dan ah long sudah berjaya diturunkan Majlis Bandaraya Johor Bahru dalam usaha membersihkan imej bandar raya ini sepanjang tempoh bulan Januari hingga Ogos lalu.

:Pegawai Perhubungan Awam MBJB, Mohd Firdaus Abd Hamid berkata, pihaknya turut bertindak menghantar setiap nombor telefon yang tertera pada iklan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk diambil tindakan.

Menurutnya, sebanyak 112 nombor telefon pada poster iklan sudah dapat diserahkan kepada SKMM untuk ditamatkan perkhidmatan.

:"MBJB menerusi Unit Iklan di bawah Jabatan Perlesenan dan Penguatkuasaan komited membanteras poster iklan haram dan ah long supaya ia tidak merosakkan imej bandar raya ini di mata orang ramai khususnya pelancong.

"Pemantauan dan operasi menurunkan poster iklan ceti haram dan ah long ini sentiasa dipantau dari semasa ke semasa.

"Pada tahun 2010, sebanyak 31,000 poster iklan ceti haram mahupun jawatan kosong sudah diturunkan. Bagi tahun ini pula, sebanyak 29,000 poster sudah diturunkan bagi tempoh awal tahun ini sehingga Ogos lalu," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Mohd Firdaus berkata, pihaknya juga tidak teragak-agak mengenakan tindakan undang-undang terhadap individu yang menampal atau menggantung iklan haram di bawah Undang-Undang Kecil Vandalisme (MBJB) 2003.

"Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya," katanya.

Katanya, langkah yang diambil itu juga bertujuan untuk menangani kegiatan vandalisme yang berlaku di sekitar bandar raya ini.

"Orang awam diseru untuk memberikan kerjasama untuk menjadi mata dan telinga dalam membendung kegiatan vandalisme seperti yang disarankan oleh Datuk Bandar MBJB, Burhan Amin, sebelum ini.

"Setiap lapisan masyarakat juga perlu menjadi sebahagian tulang belakang MBJB supaya kecemerlangan dapat dikongsi bersama," katanya.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved