Jumaat, 7 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

14 individu dibebaskan

Posted: 06 Oct 2011 05:00 PM PDT

14 individu dibebaskan JOHOR BAHRU - Seramai 14 individu yang ditahan mengikut Akta Kediaman Terhad 1933, di negeri ini dibebaskan susulan daripada pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di Parlimen, di sini, kelmarin.

Kesemua individu tersebut akan dilepaskan lewat petang semalam sejurus perintah arahan dan dokumentasi disiapkan.

Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, mereka yang dibebaskan itu berusia antara 20 hingga 40an yang ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan jenayah dan komersil.

"Seramai 11 individu ini ditahan di bawah Jabatan Siasatan Jenayah dan tiga daripadanya di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.

"Antara kesalahan yang dilakukan ekor haram, mesin perjudian, memperdagangkan orang, pelacuran dan bookie kuda," katanya Majlis Pemakaian Pangkat Koperal Kaedah Time Based Kontinjen Johor di sini, semalam.

Pada majlis itu seramai 502 Lans Korperal yang telah lima tahun menyandang jawatan itu dinaikkan pangkat.

Berikut statistik individu yang dilepaskan mengikut daerah, Kulaijaya (1); Kluang (1); Batu Pahat (1); Muar (1); Segamat (1); Kota Tinggi (5); dan Mersing (1).

Manakala tiga lagi individu ditahan di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.

Kelmarin, Najib mengumumkan pembebasan 125 individu yang ditahan di bawah Perintah Kediaman Terhad serta merta ekoran pemansuhan Akta Perintah Kediaman Terhad 1933 (Akta 377) serta pembatalan serta merta lebih 200 waran yang belum diserahkan kepada individu terlibat.

Akta Kediaman Terhad 1933 merupakan satu perintah supaya pesalah tinggal di tempat tertentu di bawah pemerhatian polis tidak lebih lima tahun.

Mengikut Buku Undang-undang Am Malaysia Jilid Tiga, pesalah ini juga ditegah masuk ke mana-mana daerah, mukim, pekan atau kampung kecuali dengan kebenaran menteri yang juga boleh dipenjara tidak lebih tiga tahun jika langgar arahan.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved