Khamis, 6 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Tidak mampu bersabar lagi

Posted: 05 Oct 2011 05:00 PM PDT

Tidak mampu bersabar lagi MASAI – Lebih 50 nelayan Orang Asli di Kampung Teluk Jawa mendesak penyelesaian bagi masalah pencemaran laut yang didakwa akibat pembangunan terletak kurang tiga kilometer di kawasan mereka.

Tok Batin, Rosti Bintik mendakwa, kehidupan hampir 100 penduduk di situ adalah bergantung kepada sumber laut sebagai punca rezeki, semakin terjejas

Menurutnya, sejak 2010, keadaan di perairan tempat mencari rezeki semakin meruncing apabila projek pembangunan di persekitaran yang didakwa di kawasan hutan bakau yang menjadi lubuk nelayan mencari hasil, dimusnahkan.

"Pembangunan ini sejak 2003, namun keadaan semakin kritikal setahun kebelakangan ini. Kami pernah mengajukan permasalahan ini pada pihak berwajib namun sehingga kini tiada sebarang tindakan dibuat.

"Fahamilah keadaan kami. Di mana harus kami cari rezeki jika sumber pencarian kami terjejas? Malah telah dua minggu kami tidak turun ke laut.

"Bagaimana kami mahu beri keluarga makan dan anak hendak bersekolah? Kami tidak pandai kerja di darat kerana tidak memiliki kelayakan," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Rosti berkata, jika dulu, nelayan di situ mampu meraih RM80 hingga RM100 sehari, kini hanya RM20 dan ada kalanya hampa.

Katanya, pokok bakau di pesisir pantai itu menjadi lubuk ketam, udang, jinjang dan ikan, kini telah ditebang.

Wartawan Sinar Harian turut dibawa menaiki bot melihat sendiri kawasan pembangunan dan pokok bakau yang dimaksudkan.

Sementara itu, seorang nelayan, Del Jatun, 52, melahirkan rasa kecewa kerana tradisi turun temurun mereka sebagai orang laut kini semakin pupus.

"Kehidupan kami memang di laut dan jika keadaan begini berterusan, bagaimana dengan nasib kami?

"Bagi mereka, pembangunan yang dilakukan tidak menjejaskan, tetapi hanya kami sahaja yang tahu," katanya.

Del berkata, hasil pengorekan tanah terlalu dalam, menyebabkan debu hingga ke dasar sekali gus menjejaskan ternakan udang mereka dan dasar laut yang kotor menyukarkan proses tangkapan ketam.

"Mereka (pemaju) suruh kami tangkap ikan di laut dalam, tapi mereka tidak memikirkan kapasiti bot dan enjin yang kami miliki.

"Mana kami mampu hendak beli bot yang besar serta enjin berkuasa tinggi sedangkan pendapatan harian kami ibarat kais pagi makan pagi, kais petang, makan petang," katanya.

Bagi nelayan muda, Romi Me, 21, yang telah dididik menjadi nelayan sejak usia 10 tahun berkata, nelayan di situ terbahagi kepada dua, iaitu nelayan laut dan nelayan darat.

Seperti dirinya, nelayan di darat juga terjejas akibat penebangan pokok bakau yang sebelum ini menjadi lubuk tangkap ketam dan udang.

Permasalahan hampir 24 keluarga ini juga pernah dilaporkan :Sinar Harian: pada Julai 2010.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved