Selasa, 4 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Mayat terlentang dalam parit

Posted: 03 Oct 2011 05:00 PM PDT

Mayat terlentang dalam parit MUAR – Mayat seorang lelaki dengan beberapa kesan tetakan objek tajam di anggota badan dijumpai dalam sebuah parit berhampiran kawasan semak oleh sekumpulan kanak-kanak di Parit Amal Jalan Seri Tanjung Bakri di sini, kira-kira jam 2.45 petang, kelmarin.

Lelaki terbabit dipercayai telah dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang ke dalam parit di kampung berkenaan.

Ketua Polis Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli ketika ditemui berkata, pihak polis tidak menolak mangsa dibunuh dengan kejam kerana bermotifkan dendam.

Menurutnya, sekumpulan kanak-kanak terbabit menjumpai mayat lelaki itu ketika melalui kawasan berkenaan yang terletak tidak jauh dari rumahnya selepas pulang daripada kedai runcit.

"Kanak-kanak itu dikatakan menaiki basikal melalui jalan berhampiran sebelum melihat seorang lelaki terlentang dalam parit tersebut seperti orang sedang tidur.

"Kerana terkejut, kanak-kanak itu segera pulang ke rumah dan memaklumkan perkara tersebut kepada ibunya sebelum membuat laporan di balai polis," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mohamad Nasir berkata, bertindak laporan yang diterima, sepasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah Muar bergegas ke lokasi kejadian.

"Siasatan awal mendapati mangsa berumur dalam lingkungan 20an dijumpai dalam keadaan terlentang dan hanya berseluar pendek.

"Mangsa berambut pendek, kurus, tinggi 5 kaki 7 inci dan dipercayai telah dibunuh kurang daripada 24 jam berikutan tubuhnya masih dalam keadaan baik sebelum dijumpai di kawasan itu," katanya.

Beliau berkata, mangsa dipercayai beragama Islam dan besar kemungkinan adalah warganegara asing, namun siasatan terperinci masih dilakukan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan tiada sebarang dokumen atau pengenalan diri ditemui pada tubuh mangsa dan sedikit sebanyak menyukarkan polis untuk menyiasat identiti mangsa.

Menurutnya, orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau kenalan diminta segera membuat laporan polis.

Pihak polis juga mohon kerjasama daripada orang ramai atau saksi yang mengetahui kejadian itu untuk segera tampil memberikan maklumat bagi menyelesaikan kes tersebut.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved