Isnin, 3 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Murid tahun 4 dirempuh kereta

Posted: 02 Oct 2011 05:00 PM PDT

Murid tahun 4 dirempuh kereta JOHOR BAHRU – 'Berpantang maut sebelum ajal', seorang murid tahun empat sebuah sekolah rendah di sini parah selepas dirempuh sebuah kereta ketika cuba melintasi Jalan Skudai tanpa menggunakan jejantas berhampiran Bandar Baru Uda, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, Mohd Faiz Abd Samad, 10, bersama tiga lagi rakannya dipercayai cuba melintas jalan berkenaan dari arah sebuah kilang berdekatan menuju ke Skudai Kiri.

:Bagaimanapun, tindakan mangsa gagal selepas dirempuh kenderaan terbabit menyebabkannya tercampak kira-kira 10 meter.

Terkejut dan panik dengan insiden yang menimpa Mohd Faiz, tiga rakannya yang berjaya melintasi jalan berkenaan melarikan diri meninggalkan tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan ketika dihubungi, mengesahkan kejadian dan berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kemalangan itu.

"Siasatan awal mendapati mangsa cuba melintas lebuh raya terbabit bersama tiga rakannya, namun kanak-kanak malang itu tidak sempat menyeberangi jalan seterusnya dilanggar sebuah kereta sebelum melambung berhampiran bahu jalan.

"Difahamkan, tiga rakannya menghilangkan diri kemungkinan takut serta panik dengan kejadian yang menimpa mangsa," katanya.

Menurutnya, mangsa yang tidak sedarkan diri sejurus kemalangan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) oleh pemandu kereta terbabit bagi rawatan kecemasan.

"Mangsa belum sedarkan diri dan difahamkan kanak-kanak itu sudah menjalani pembedahan malam tadi (malam kelmarin) bagi membuang darah beku di kepalannya.

"Kita juga sudah mengambil keterangan pemandu terbabit bagi membantu siasatan," katanya.

Sehubungan itu, Ruslan meminta orang ramai yang melihat kejadian itu tampil menyalurkan maklumat di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda atau dipenjara tidak melebihi 12 bulan.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved