Ahad, 2 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

KDN disaran kukuhkan Rela

Posted: 01 Oct 2011 05:00 PM PDT

KDN disaran kukuhkan Rela MUAR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) disarankan supaya mengkaji satu pendekatan yang lebih praktikal ke arah memperkukuhkan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) yang merupakan barisan pertahanan ketiga negara.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pertubuhan sukarelawan perlu menarik lebih ramai generasi muda, golongan profesional dan ahli korporat daripada semua bangsa dan agama.

Menurutnya, Rela merupakan organisasi yang telah terlibat secara aktif dalam menjaga keselamatan dan keamanan negara sejak ia diwujudkan pada tahun 1972.

"Seperti kita ketahui Rela berfungsi untuk menggantikan Pengawal Kampung dan sejak tahun 1972 sangat aktif membantu negara terutama sekali mengawal ancaman komunis dan penjenayah.

"Anggota Rela telah memberikan komitmen yang sangat baik semasa menjalankan tugas-tugas mereka dan kita patut mengiktiraf serta menghargai sumbangan mereka," katanya ketika berucap dalam Majlis Ramah Mesra Bersama Anggota Rela Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh di sini, semalam.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, KDN boleh mempelbagaikan aktiviti dan fungsi Rela supaya kelihatan lebih menarik kepada masyarakat, termasuk penduduk bandar.

Katanya, Rela berdasarkan kepada empat K iaitu Keselamatan, Keamanan, Keharmonian dan Kestabilan untuk negara dan orang ramai.

"Anggota Rela perlu mempunyai gambaran imej yang lebih baik dengan memiliki kemahiran, integriti, karektor yang teguh, berdisiplin dan membawa imej 1Malaysia.

"Adalah sangat penting juga Rela mempunyai tarikan tersendiri dan memainkan satu peranan yang lebih berkesan ketika berkhidmat untuk negara serta mempunyai sistem pemimpin yang baik," katanya.

Beliau mahu, Rela menganjurkan program menarik berdasarkan trend, minat dan keperluan orang ramai untuk menyertai badan sukarela peringkat antarabangsa.

"Kita juga mahu kehadiran Rela secara fizikalnya dalam masyarakat dengan memiliki pusat operasi yang sesuai, logo, bendera-bendera dan ahli-ahli berada dalam perlindungan insurans juga faedah-faedah lain.

"Setakat hari ini, negara memiliki kira-kira dua juta anggota Rela di seluruh negara dalam membantu pihak berkuasa mengawal jenayah," katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, Parlimen Pagoh mempunyai seramai 4,778 anggota Rela yang sepatutnya mempunyai pusat operasi sendiri dan menggesa Pejabat Daerah dan Kerajaan Negeri untuk mewujudkan pusat tersebut di kawasan yang sesuai.

"Saya akan memberikan peruntukkan untuk membina Pusat Operasi Rela Pagoh di sini dan peruntukkan berjumlah RM125,000 bagi membolehkan Rela Pagoh menganjurkan aktiviti

"Saya juga memberikan peruntukkan RM125,000 kepada lima zon Rela Parlimen Pagoh untuk menganjurkan pelbagai aktiviti," katanya.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved