Sabtu, 1 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Pekerja kilang nyaris maut

Posted: 30 Sep 2011 05:00 PM PDT

Pekerja kilang nyaris maut KOTA BHARU - Gara-gara dipercayai berhutang dengan tauke dadah seorang pekerja kilang papan nyaris maut apabila dia cedera ditembak di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang kelmarin, mangsa berumur 45 tahun, cedera paha kanan selepas terkena satu das tembakan yang lepaskan suspek di sebuah kilang papan di Telekong, Kuala Krai.

Ketua Polis Negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, sebelum kejadian tersebut suspek yang dikenali sebagai Adnan dipercayai tauke pil kuda datang ke tempat kerja mangsa dikatakan mengutip hutang.

Menurutnya, sejurus kemudian berlaku pertengkaran dan dalam masa sama mangsa menumbuk suspek iaitu warga asing yang berusia 30-an.

"Selepas pergaduhan tersebut suspek pulang ke rumahnya dan akibat tidak berpuas hati dengan kejadian tadi, dia datang semula ke kilang dalam tempoh satu jam kemudian dengan membawa pistol.

"Suspek melepaskan satu das tembakan dengan menggunakan pistol dan mangsa bernasib baik kerana sasarannya terkena pada paha kanannya," katanya kepada media, semalam.

Terdahulu, Jalaluddin merasmikan Konvoi Jom Cegah Jenayah, melibatkan 150 motosikal berkuasa tinggi dan rendah yang diketuai timbalannya, Datuk Mazlan Lazim ke Pasir Puteh di sini, semalam.

Menurutnya, polis juga menjumpai kelongsong peluru yang disyaki digunakan untuk menembak mangsa yang kini dirawat di Hospital Kuala Krai dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

"Polis kini mengenal pasti keluarga suspek dan meminta supaya dia menyerahkan diri kepada kami kerana semua pergerakannya dalam perhatian pihak berkuasa.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan dan mengetahui kedudukan suspek boleh menghubungi balai polis berhampiran," katanya.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 307 kerana cubaan bunuh dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved