Sabtu, 1 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Gerai makan hangus

Posted: 30 Sep 2011 05:00 PM PDT

Gerai makan hangus SEGAMAT – Empat pintu gerai makan di aras dua Perhentian Bas dan Teksi Segamat hangus dalam kebakaran yang berlaku sekitar jam 10 pagi semalam.

Pegawai Bomba Bandar Putra, Mohd Aizad Mamat berkata, kebakaran ini berkemungkinan berpunca daripada kebocoran hos gas memasak dan api dapat dikawal dalam jangka masa 20 minit dari waktu bomba dan penyelamat tiba di tempat kejadian.

"Jumlah gerai makan yang terlibat sebanyak 4 pintu manakala tiga pintu kedai makan dan tujuh kaunter tiket yang berdekatan bahagian yang terbakar dapat diselamatkan.

"Bagaimanapun tiada mangsa parah dilaporkan kecuali cedera ringan. Kerugian dianggarkan RM1 juta," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jementah, Datuk DR Lee Hong Tee berkata, ketika lawatan, beliau mendapati keadaan tenang.

Pihaknya kini masih menanti pemeriksaan lanjut yang akan dijalankan oleh pihak Bomba dan Penyelamat bagi mengetahui punca sebenar kebakaran.

"Dalam masa terdekat saya akan berjumpa dengan semua peniaga yang terlibat dan akan membincangkan masalah yang dihadapi mereka terutamanya untuk memulakan semula perniagaan mengikut saluran yang betul.

"Pada lawatan itu juga, saya sudah meminta jasa baik Majlis Daerah Segamat untuk memberi bantuan secepat mungkin terutamanya dari segi pembaikan di bahagian teknikal dan sebagainya," katanya.

Menurutnya, memandangkan kawasan berkenaan mempunyai insurans, beliau juga berharap pihak insurans boleh memulakan proses untuk membantu semua peniaga secepat mungkin kerana perniagaan gerai makanan itu adalah pendapatan utama mereka.

"Pada masa sama, pada lawatan itu juga saya sempat berjumpa seorang peniaga yang mengalami kecederaan iaitu hampir lima peratus bahagian tangannya melecur dan kita menasihatkannya untuk menerima rawatan susulan," katanya.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved