Khamis, 29 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Interpol keluar waran terhadap anak Gaddafi

Posted: 28 Sep 2011 05:00 PM PDT

Interpol keluar waran terhadap anak Gaddafi LYON - Badan Polis Antarabangsa, Interpol mengeluarkan waran tangkap terhadap Saadi iaitu anak kepada pemimpin Libya digulingkan, Muammar Gaddafi, semalam atas kesalahan yang dilakukan semasa dia menjadi presiden persekutuan bola sepak di negara itu.

Saadi, 38, didakwa menggelapkan wang dan menggunakan kekerasan sepanjang dia berkhidmat dalam persatuan tersebut.

Interpol sudah mengeluarkan notis 'amaran merah' bagi membolehkan negara di rantau itu membantu untuk mengesan Saadi yang dipercayai kali terakhir dilihat di Niger.

Wanita Arab Saudi mengundi 2015

Posted: 28 Sep 2011 05:00 PM PDT

Wanita Arab Saudi mengundi 2015

JEDDAH - Raja Arab Saudi, Raja Abdullah mengeluarkan perintah bahawa wanita di negara itu hanya akan diberikan peluang mengundi dan mengambil bahagian dalam pilihan raya tempatan menjelang 2015.

Pegawai kerajaan menyatakan penglibatan wanita pada pilihan raya kali ini terpaksa ditangguhkan kerana kesukaran untuk mengekalkan peraturan ketat berhubung pengasingan jantina yang telah diamalkan sejak dulu di negara yang masih mengamalkan diskriminasi terhadap golongan tersebut.

Sementara itu, selepas menerima kritikan daripada pelbagai pihak, hukuman ke atas seorang wanita yang dikenakan 10 kali sebatan kerana melanggar larangan memandu di negara tersebut dibatalkan, kelmarin.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved