Jumaat, 30 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Jutawan segera ditahan polis

Posted: 29 Sep 2011 05:00 PM PDT

Jutawan segera ditahan polis

WELLINGTON - Seorang lelaki New Zealand yang melarikan diri dari negara itu selepas bank tersilap memasukkan wang sebanyak NZ$10 juta (RM24 juta) ke dalam akaunnya, dua tahun lalu, berjaya ditahan di Hong Kong, semalam.

Polis Hong Kong berkata, lelaki berketurunan Cina dikenali sebagai Hui Gao itu ditahan semasa cuba memasuki negara itu dari China selepas Interpol mengeluarkan waran tangkap atas dakwaan mencuri NZ$6.78 juta (RM16.5 juta) daripada syarikat Westpac Banking pada April 2009.

Westpac secara tidak sengaja memberikan Hui wang itu semasa sedang meluluskan permintaan pinjamannya bernilai NZ$100,000 (RM240,000), menurut dokumen mahkamah.

Rumah mayat moden elak silap kebumi

Posted: 29 Sep 2011 05:00 PM PDT

Rumah mayat moden elak silap kebumi

ISTANBUL - Dalam usaha menamatkan ketakutan orang ramai mengenai kisah ditanam hidup-hidup, pihak berkuasa di sebuah kawasan pedalaman di timur Turki, membekalkan rumah mayat kawasan itu dengan ala-tan moden bagi mengesan mana-mana mayat yang mungkin diisytihar meninggal dunia secara salah.

Penggera dan pengesan pergerakan elektronik di rumah mayat di Malatya, kawasan kurang moden di Turki itu akan mengesan sebarang pergerakan oleh individu masih bernyawa yang mungkin terjaga daripada koma walaupun selepas diisytihar meninggal dunia.

Kesemua 36 peti sejuk penyimpan mayat akan dilengkapi dengan pembuka pintu pada bahagian dalam untuk membolehkan individu yang masih hidup untuk keluar daripada peti itu jika mereka terjaga semula.

"Alat itu akan mengesan walau sedikit pergerakan dan penggera akan dibunyikan. Walaupun sangat jarang untuk orang disahkan meninggal dunia hidup kembali, kami tetap me-ngambil setiap langkah yang boleh diambil," menurut ketua perkhidmatan pengebumian di Malatya, Akif Kayadurmus.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved