Khamis, 29 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Revolusi Arab mungkin dapat Hadiah Nobel

Posted: 28 Sep 2011 05:00 PM PDT

Revolusi Arab mungkin dapat Hadiah Nobel OSLO - Aktivis yang membantu mencetuskan gelombang revolusi di Timur Tengah dan Afrika Utara semasa kebangkitan rakyat di rantau itu mungkin akan dipilih sebagai penerima Hadiah Nobel Keamanan tahun ini.

Bekas Timbalan Menteri Luar Norway, Jan Egeland berkata, beliau yakin jawatankuasa Nobel tahun ini mahu menyentuh isu antarabangsa terbesar yang menepati definisi keamanan lebih luas.

"Secara logiknya, anugerah Nobel mungkin diberikan kepada revolusi Arab kerana tiada detik lain yang lebih penting berlaku dalam tempoh itu," katanya merujuk kepada tunjuk perasaan dan demonstrasi besar-besaran di Timur Tengah yang berjaya menggulingkan beberapa pemimpin kuku besi.

Jika jangkaan Egeland tersebut tepat, aktivis Internet Mesir, Wael Ghonim, Pergerakan 6 April Mesir, pengasasnya Israa Abdel Fattah, dan penulis blog Tunisia, Lina Ben Mhenni akan menjadi antara calon yang boleh dipertimbang sebelum pengumuman anugerah itu, 7 Oktober depan.

Seramai 241 calon dari 53 organisasi seluruh dunia dicalonkan untuk anugerah yang bernilai AS$1.5 juta (RM4.5 juta) tersebut, tahun ini, termasuk pengasas laman pembocor rahsia WikiLeaks, Julian Assange dan pejuang hak asasi manusia Afghanistan, Sima Samar.

Jackson bunuh diri?

Posted: 28 Sep 2011 05:00 PM PDT

Jackson bunuh diri? LOS ANGELES - Permulaan perbicaraan doktor peribadi penyanyi pop terkenal dunia, Michael Jackson yang didakwa menyebabkan kematian penyanyi Amerika Syarikat itu bermula dengan pelbagai kejutan, kelmarin.

Menurut pendakwa raya, doktor Jackson, Conrad Murray menyebabkan kematian ikon pop itu akibat kecuaiannya, namun peguam Murray dengan tegas mengatakan Jackson yang membunuh dirinya sendiri.

Peguam Murray berkata, Jackson meninggal dunia serta-merta, selepas mengambil dua jenis dadah berbeza semasa doktor tersebut tidak berada di dalam biliknya pada 25 Jun 2009.

"Jackson mengambil dadah itu tanpa pengetahuan, kebenaran doktornya dan dia melakukan perbuatan men yebabkan kematiannya sendiri," menurut peguam Murray, Ed Chernoff.

Chernoff berkata, Jackson mengambil lapan pil :lorazepam:, iaitu dos yang mampu membuatkan enam orang tidur, tanpa pengetahuan Murray dan kemudian mengambil pula sedatif kuat, propofol untuk membantunya tidur.

Perbicaraan tersebut berubah menjadi suram, apabila gambar mayat Jackson dibaluti kain putih di hospital ditunjukkan kepada mahkamah yang turut mendengar rakaman audio menggambarkan penyanyi itu seperti di bawah pengaruh dadah, dua bulan sebelum kematiannya.

Murray, 58, berhadapan hukuman empat tahun penjara, jika didapati bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian tanpa niat.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved