Selasa, 27 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Bahasa Inggeris penting di Jepun?

Posted: 26 Sep 2011 05:00 PM PDT

Bahasa Inggeris penting di Jepun? Di dalam sebuah bangunan pejabat di Tokyo, Jepun, lebih 10 orang ahli perniagaan Jepun pertengahan umur duduk di dalam ruang kecil dan berpeluh-peluh semasa cuba bercakap menggunakan bahasa Inggeris dengan pengajar yang duduk di hadapan mereka.

"Saya harap isteri saya faham hobi terbaru saya ini," kata seorang lelaki berumur 40-an yang cuba bertutur dalam bahasa Inggeris.

Dia adalah seorang daripada ratusan ahli perniagaan Jepun yang menghadapi masalah menguasai bahasa yang disangka tidak perlu dipelajari lagi sebaik tamat persekolahan.

Usaha untuk belajar bahasa asing itu bermula selepas ramai pekerja Jepun khuatir dengan peningkatan terhadap penglibatan perniagaan syarikat Jepun di luar negara kerana ia bermakna mereka berhadapan dengan masa depan yang gelap jika tidak boleh bertutur dalam bahasa Inggeris.

Dan masalah ini lebih ketara, sejak kebelakangan ini dengan kedudukan mata wang yen yang kukuh dan kekurangan pasaran tempatan menyebabkan lebih banyak syarikat Jepun mula mencari peluang perniagaan di luar negara bagi menjamin kelangsungan operasi mereka.

"Saya ke Amsterdam, Belanda, tahun lalu bagi tujuan perniagaan dan ianya sangat sukar.

"Ketua saya langsung tidak boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, jadi saya perlu bercakap menggunakan bahasa tersebut buat kali pertama dalam tempoh 10 tahun," menurut Masahide Tachibana, 39, seorang pembina perisian komputer.

Kini, Tachibana bangun seawal jam 5 pagi setiap hari untuk menghadiri kelas di pusat bahasa Inggeris, Gaba yang terletak di bandar Tokyo.

"Dari dulu lagi saya memang berharap untuk memperbaiki penguasaan bahasa Inggeris dan lawatan ke Amsterdam itu melonjakkan kemahuan saya," kata Tachibana, sementara di sekelilingnya pekerja lelaki dan wanita Jepun yang lain lekas berkemas untuk ke pejabat selepas kelas selama 45 minit tersebut tamat.

Jepun adalah negara dengan ekonomi ketiga terbesar di dunia dan menjadi pengeksport utama pelbagai barangan, namun penduduknya masih gagal menguasai bahasa Inggeris dengan baik walaupun mereka dikehendaki belajar bahasa antarabangsa tersebut selama enam tahun semasa di sekolah.

Markah purata negara itu dalam ujia yang menilai kemampuan orang asing berbahasa Inggeris (TOEFL), berada pada kedudukan 27 daripada 30 negara Asia pada tahun lalu, iaitu lebih rendah daripada Mongolia dan Turkmenistan.

Hanya sembilan peratus daripada 1,156 pekerja berjawatan tinggi yang ditinjau oleh sebuah agensi pekerjaan berkata mereka boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

Kebanyakan responden meletakkan tahap pertuturan dan pendengaran mereka sebagai 'Sangat lemah'.

Namun kini, keadaan mula be-rubah kerana penduduk Jepun mula bimbang dengan kekurangan tersebut yang didakwa membataskan komunikasi mereka dengan orang asing.

Tiada Inggeris, tiada kerja?

Lonjakan pertama datang daripada perniagaan dalam talian, Rakuten yang memutuskan untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi mereka, tahun lalu.

Kemudian, diikuti Fast Retailing, syarikat induk pusat pakaian Uniqlo pula bercadang menjadikan Inggeris sebagai bahasa rasmi syarikat menjelang tahun depan dan akan me-nguji kebolehan pekerjanya dalam bahasa itu.

"Keputusan Rakuten mencetuskan gelombang baru yang diikuti banyak syarikat lain, terutama syarikat pembuatan kerana mereka berada di bawah tekanan untuk mengembangkan perniagaan di luar pasaran Jepun yang semakin mengecil," menurut jurucakap agensi pekerjaan, Recruit Agent, Yuriko Tsurumaki.

"Bukan semua syarikat Jepun mempunyai perniagaan di luar negara buat masa ini tetapi orang ramai telah melihat kemungkinan itu dan kini berkongsi kebimbangan sama yang menjadi seperti satu krisis baru (mengenai bahasa Inggeris)," katanya.

Kini, hampir separuh syarikat di Jepun yang ingin menggaji pekerja baru menuntut pemohon berada dalam kategori 'pengguna bahasa Inggeris perniagaan', iaitu peningkatan besar berbanding hanya 16 peratus pada Julai 2009.

Dan kebimbangan pekerja di Jepun ini berasas apabila beberapa syarikat, termasuk pembuat cip Elpida Memory dan pembuat barangan telefon bimbit serta komputer, Murata Manufacturing kini memindahkan sebahagian proses pengeluaran mereka di luar Jepun bagi menghadapi peningkatan yen yang terlalu tinggi.

Pengukuhan mata wang tersebut juga menggalakkan syarikat Jepun membeli perniagaan di luar negara dengan syarikat perdagangan Itochu membeli penjual tayar Britain, Kwik Fit dengan harga AS$1 bilion (RM3 bilion).

"Ini hanya permulaan globalisasi sebenar Jepun. Semua orang mula merasakan mereka kini berada dalam situasi 'tiada Inggeris, tiada kerja'," menurut Presiden Gaba, Kenji Kamiyama.

"Krisis bahasa Inggeris ini menunjukkan perubahan besar yang dihadapi syarikat Jepun," katanya.

Universiti AS bersikap perkauman

Posted: 26 Sep 2011 05:00 PM PDT

Universiti AS bersikap perkauman CALIFORNIA - Satu kumpulan penuntut di sebuah universiti di California, Amerika Syarikat mencetuskan kontroversi berhubung rancangan mereka untuk mengenakan bayaran mengikut etnik dan jantina pembeli dalam satu jualan kek, hari ini.

Bagaimanapun, penuntut Universiti California, Berkeley, menegaskan acara itu adalah sebagai tanda protes kepada sistem pendidikan negara tersebut yang mengutamakan penduduk kulit putih.

Laman Facebook kumpulan penuntut Kampus Republikan tersebut menyenaraikan harga makanan termasuk kek dan roti mengikut bangsa dan jantina.

"AS$2 (RM6) untuk kulit putih, AS$1.50 (RM4.50) untuk bangsa Asia, AS$1 (RM3) untuk Hispanik, AS$0.75 (RM2.25) untuk pembeli berkulit hitam serta AS$0.25 (RM0.75) untuk orang asli Amerika dan semua wanita!," menurut laman itu.

Presiden Kampus Republikan, Shawn Lewis berkata, idea untuk mengadakan jualan tersebut bertujuan menekankan kewujudan undang-undang yang membenarkan universiti awam di California mempertimbang bangsa dan jantina semasa proses pemilihan penuntut.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved