Ahad, 25 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Serpihan satelit tidak akan ditemui

Posted: 24 Sep 2011 05:00 PM PDT

Serpihan satelit tidak akan ditemui FLORIDA - Lokasi sebenar serpihan satelit usang seberat enam tan milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) yang terhempas di bumi, kelmarin, mungkin kekal menjadi misteri.

Agensi angkasa Amerika Syarikat itu mengumumkan, serpihan satelit itu mungkin terhempas di Lautan Pasifik namun masa dan lokasi tepat satelit bersaiz bas itu masih tidak dapat dipastikan.

Satelit Upper Atmosphere Research Satellite (UARS) tidak aktif itu mengakhiri 20 tahun hayatnya di orbit apabila memasuki lapisan atmosfera bumi antara jam 11.23 pagi dan 1.09 tengahari waktu Malaysia, Jumaat lalu.

Nasa menjangkakan satelit itu akan terpecah kepada 26 bahagian kecil semasa kemasukan semula ke bumi tetapi tiada laporan diterima dari seluruh dunia sama ada terdapat serpihan yang ditemui.

"Disebabkan kami tidak dapat menentukan lokasi sebenar di mana satelit itu menembusi atmosfera, jadi kami tidak tahu di mana serpihannya akan jatuh dan mungkin tidak akan tahu sampai bila-bila," menurut Nasa.

Israel ugut dunia

Posted: 24 Sep 2011 05:00 PM PDT

Israel ugut dunia TEL AVIV - Rejim Israel sekali lagi menunjukkan sikap biadap dan angkuh mereka kepada dunia apabila Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman, semalam, mengugut kesan buruk akan berlaku jika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan permohonan Palestin untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai negara anggota penuh.

Lieberman mengeluarkan kenyataan kasar itu selepas Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menghantar borang permohonan kepada badan dunia itu semasa Perhimpunan Agung PBB di New York, Amerika Syarikat (AS), Jumaat lalu.

Sebelum ini, Lieberman pernah mencadangkan Israel memutuskan hubungan dua hala dengan kerajaan Pihak Berkuasa Palestin (PA) pimpinan Abbas yang memerintah sebahagian kecil Tebing Barat, jika Palestin berjaya mendapatkan pengiktirafan dunia tanpa berrundin dengan Israel.

Sekutu utama rejim Zionis, AS menegaskan akan menghalang permohonan Palestin menggunakan kuasa veto, bermakna harapan Palestin untuk mendapat keanggotaan penuh di PBB tidak akan menjadi kenyataan.

Namun Israel tetap bimbang Palestin akan mendapat sokongan majoriti di Perhimpunan Agung PBB dan diiktiraf sebagai negara merdeka bukan anggota walaupun selepas Washington mematahkan percubaan Palestin itu menggunakan kuasanya di Majlis Keselamatan.

"Jika permohonan Palestin itu diluluskan oleh Perhimpunan Agung PBB, dan apa sahaja tindakan yang diambil tanpa persetujuan Israel akan menyebabkan tindak balas tegas," katanya semasa wawancara dengan Radio Israel.

Rejim Zionis dan AS menuntut pembentukan negara merdeka Palestin dicapai melalui rundingan damai dengan Israel namun setakat ini, semua rundingan sejak 20 tahun lalu tidak membawa sebarang kesan disebabkan kedegilan Israel yang terus membina penempatan haram Yahudi di tanah Palestin.

Sementara itu, Abbas, kelmarin, sekali lagi menggesa Majlis Keselamatan PBB supaya membincangkan permohonan Palestin itu secepat mungkin dan memberi keputusan segera.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved