Rabu, 21 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Puluhan mayat dibuang

Posted: 20 Sep 2011 05:00 PM PDT

Puluhan mayat dibuang MEXICO CITY - Penemuan sebanyak 35 mayat berhampiran sebuah lori di laluan lebuh raya timur Mexico, kelmarin dipercayai mempunyai kaitan dengan perbuatan kumpulan jenayah terancang.

Pendakwa raya negeri, Reynaldo Escobar berkata, saksi mendakwa kesemua mayat itu dibuang sekumpulan lelaki bertopeng dan bersenjata berhampiran pusat membeli-belah di Boca del Rio, bersebelahan Veracruze.

"Pihak berkuasa telah mengenal pasti tujuh mayat dan mereka dipercayai mempunyai rekod jenayah dan pernah menjadi ahli kumpulan sindiket," menurut Escobar lagi.

Media tempatan melaporkan 12 daripada mayat tersebut adalah wanita dan identiti beberapa mayat dikenal pasti sebagai banduan yang melarikan diri daripada tiga penjara di Veracruz, Isnin lalu.

Sebahagian daripada mayat bergelimpangan itu turut didera sebelum dibunuh kerana terdapat kesan tangan mereka diikat.

Polis kini sedang melakukan siasatan lanjut untuk mengesan individu atau kumpulan yang bertanggungjawab melakukan tindakan tidak berperikemanusiaan tersebut.

Kira-kira 42,000 orang telah dibunuh sejak Presiden Felipe Calderon melancarkan satu kempen membanteras kegiatan sindiket dadah di negara itu, akhir 2006 dan hampir kesemua kejadian keganasan berlaku di sempadan utara Amerika Syarikat.

1.2 juta penduduk diarah pindah

Posted: 20 Sep 2011 05:00 PM PDT

1.2 juta penduduk diarah pindah BEIJING - Sekurang-kurangnya 1.2 juta penduduk beberapa wilayah di China terpaksa berpindah selepas banjir semakin buruk menyebabkan kejadian tanah runtuh di seluruh negara, kelmarin.

Kementerian Hal Ehwal Awam melaporkan lebih 120,000 buah rumah turut musnah dan kerugian dianggarkan mencecah AS$2.7 bilion (RM8.4 bilion).

Kementerian itu turut menyatakan mereka telah menubuhkan kumpulan sukarelawan untuk membantu mengagihkan ribuan khemah-khemah, kot, selimut dan pakaian.

Minggu lalu, pegawai-pegawai di Dazhou dan Guangan Sichuan mengeluarkan arahan pemindahan ke atas lebih 600,000 penduduk kerana paras air sungai utama Yangtze, berada pada tahap bahaya.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved