Isnin, 19 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Lelaki Norway rancang bunuh kartunis

Posted: 18 Sep 2011 05:00 PM PDT

Lelaki Norway rancang bunuh kartunis OSLO - Polis Norway menahan seorang lelaki yang didakwa sedang merancang untuk melancarkan serangan maut ke atas seorang pelukis kartun warga Denmark yang menghasilkan lukisan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW.

Menurut akhbar Norway, kelmarin, suspek berumur 30-an itu ditahan, minggu lalu selepas badan risikan Norway mendapati kartunis Kurt Westergaard akan menjadi sasaran serangan itu yang melibatkan penggunaan senapang dan bahan letupan.

Westergaard awal minggu ini berkata, dia memendekkan tempoh lawatan ke Norway selepas dimaklumkan polis negara itu menerima khabar berhubung kemungkinan serangan ke atasnya.

Pelukis kartun berumur 76 tahun itu sebelum ini turut menerima banyak ancaman bunuh selepas melukis kartun biadap dan bersifat menghina Islam itu yang disiarkan dalam akhbar Denmark pada 2005.

Pakistan ancam sekat Google, YouTube

Posted: 18 Sep 2011 05:00 PM PDT

Pakistan ancam sekat Google, YouTube

ISLAMABAD - Menteri Dalam Negeri Pakistan, Rehman Malik memberi amaran laman sesawang popular seperti Google atau YouTube mungkin akan ditutup jika syarikat itu tidak memberi kerjasama kepada kerajaan supaya menghalang pengganas daripada menggunakan laman itu.

Menurutnya, pengendali enjin carian Internet seperti Google dan YouTube tidak memberi sokongan kepada Agensi Siasatan Persekutuan Pakistan (FIA) dalam usaha menangkap individu yang terlibat dalam jenayah siber.

"Kami akan mendakwa pentadbiran Google jika laman itu tidak mahu membantu FIA pada masa depan dan ia mungkin disekat kerana tidak memberi kerjasama yang diperlukan," katanya kepada akhbar negara itu, semalam.

Rehman berkata, kumpulan militan Taliban dan organisasi pengganas lain berkongsi maklumat risikan melalui Internet dan aktiviti itu perlu dihentikan serta-merta.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved