Isnin, 19 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


PM cuba pulih imej Britain

Posted: 18 Sep 2011 05:00 PM PDT

PM cuba pulih imej Britain LONDON - Perdana Menteri Britain, David Cameron, cuba untuk memulihkan semula imej negara itu di mata seluruh negara antarabangsa selepas dilanda rusuhan terburuk, bulan lalu, menurut akhbar The Sunday Telegraph, kelmarin.

Cameron didakwa akan melancarkan kempen baru untuk menarik semula minat pelabur dan pengunjung untuk berkunjung ke negara itu.

Imej buruk kejadian rusuhan ganas dan kecurian di kebanyakan bandar utama di London dapat disaksikan di seluruh dunia, sekali gus, ia dipercayai menjadi antara punca pelancong khuatir dengan tahap keselamatan di negara tersebut.

Akhbar itu juga turut mendedahkan Cameron mula khuatir jika acara Sukan Olimpik yang akan diadakan tahun hadapan tidak mendapat sambutan, sekali gus ia dipercayai akan memberi kesan besar kepada sektor ekonomi dan perdagangan di London.

"Saya akan melancarkan kempen GREAT di New York, minggu hadapan yang bertujuan untuk mempromosikan semula sektor pelancongan di Britain sebagai salah sebuah lokasi menarik untuk dikunjungi," menurutnya lagi.

Perubahan positif politik Myanmar

Posted: 18 Sep 2011 05:00 PM PDT

Perubahan positif politik Myanmar YANGON - Pemimpin Parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD), Aung San Suu Kyi, kelmarin menarik nafas lega apabila akhirnya dapat melihat tanda-tanda perubahan positif dalam politik di Myanmar selepas pemerintah junta tentera menyerahkan kuasa kepada kerajaan di bawah pimpinan Presiden Thein Sein, Mac lalu.

Penerima Hadiah Nobel Keamanan itu turut menyatakan hasrat beliau untuk menyaksikan perubahan politik Myanmar ke arah demokrasi semakin termakbul selepas pembentukan kerajaan baru tersebut.

"Memang ada berlaku perubahan walaupun tidak dilaksanakan secara menyeluruh. Tetapi, melalui pemerhatian saya, Myanmar sedang melalui satu proses pembaharuan yang positif," menurut Suu Kyi lagi.

Antara perubahan yang dilakukan kerajaan adalah seperti menarik balik larangan untuk memasuki beberapa laman sesawang termasuklah yang dikendalikan ahli parti pembangkang dalam buangan, Jumaat lalu.

Sebelum ini, sebuah kumpulan wartawan berpusat di Paris mendakwa undang-undang penggunaan Internet di Myanmar seakan menindas kebebasan rakyat.

Sementara itu, Kerajaan Thein Sein juga dilihat cuba untuk menjalinkan semula hubungan dengan pemimpin prodemokrasi itu dan parti NLD yang sebelum ini pernah memperoleh majoriti besar dalam pilihan raya 1990.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved