Sabtu, 17 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Coklat sama seperti bersenam

Posted: 16 Sep 2011 05:00 PM PDT

Coklat sama seperti bersenam

MICHIGAN - Nampaknya kini anda boleh memakan coklat dengan kurang rasa bersalah kerana saintis mendedahkan coklat gelap mempunyai bahan yang meningkatkan keupayaan otot, sama seperti dengan menggunakan mesin larian di gimnasium.

Menurut penyelidik Universiti Wayne State, Amerika Syarikat, kajian mengenai bahan epikatekin di dalam coklat gelap ke atas tikus makmal mendapati bahan itu meningkatkan tenaga di dalam otot, membolehkan haiwan itu melakukan senaman dengan lebih lama.

Tikus diberikan epikatekin mampu bersenam sama seperti tikus yang diletakkan di atas mesin larian setiap hari dan saintis akan mengkaji sama ada kesan serupa dapat dilihat pada manusia.

"Senaman seperti aerobik, berlari dan berbasikal meningkatkan jumlah sel mitokondria yang memberi tenaga kepada sel otot.

"Epikatekin mempunyai kesan sama dalam meningkatkan jumlah mitokondria, terutama pada otot jantung dan rangka," menurut ketua penyelidik, Dr Moh Malek.

Satelit hentam Bumi minggu ini

Posted: 16 Sep 2011 05:00 PM PDT

Satelit hentam Bumi minggu ini WASHINGTON - Agensi angkasa Amerika Syarikat (AS) mengumumkan sebuah satelit lama di angkasa dijangka jatuh ke Bumi dalam tempoh seminggu.

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) kini sedang memantau satelit seberat enam tan itu dan menjangka ia akan menghentam Bumi pada 23 September depan.

Saintis Nasa turut mengumumkan satelit itu dijangka pecah kepada 26 bahagian kecil semasa mendekati Bumi dan kemungkinan untuk serpihan itu terkena seseorang di planet ini adalah 1 dalam 3,200.

Maklumat terperinci akan diumumkan Nasa, minggu ini dan buat masa ini, semua benua kecuali Antartika mempunyai kemungkinan dihentam serpihan satelit itu.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved