Rabu, 14 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


50 pakar sertai persidangan IFCTF

Posted: 13 Sep 2011 05:00 PM PDT

50 pakar sertai persidangan IFCTF Lima puluh pakar dari seluruh dunia akan berucap dan menja:di moderator pada Persidangan Antarabangsa Mengenai Pembiayaan Keganasan dan Jenayah (IFCTF) 2011 ketiga di Kuala Lumpur pada 19 dan 20 September ini.

Bertemakan "Meningkatkan Pematuhan dan Penguatkuasaan", persidangan itu dianjurkan oleh Institut Bank-Bank Malaysia (IBBM) dan Kumpulan Rangkaian Pegawai Pematuhan (Cong), bersama Institut Kewangan Asia (AIF), Institut Kewangan dan Bank Islam Malaysia (IBFIM), Institut Insurans Malaysia (MII), Perbadanan Pembangunan Industri Sekuriti (SIDC) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Ia juga disokong oleh Unit Risikan Kewangan Bank Negara Malaysia.

Dalam satu kenyataan, IBBM berkata, perwakilan akan memberikan maklumat terkini serta jenis dan ancaman dalam Pengubahan Wang Haram/Menangani Pembiayaan untuk Keganasan (AML/CFT) daripada perspektif pegawai pematuhan dan agensi penguat kuasa undang-undang.

Program sijil baru AML/CFT IBBM juga akan dilancarkan pada persidangan itu.

Mereka yang berminat untuk menghadiri persidangan itu, boleh melayari ibbm.org.my/ifct2011 atau menghubungi 03-20956833 untuk maklumat lanjut.        

Liga Arab gesa Syria henti kekerasan

Posted: 13 Sep 2011 05:00 PM PDT

Liga Arab gesa Syria henti kekerasan KAHERAH - Damsyik terus menerima tekanan supaya mereka menghentikan tindakan kekerasan terhadap rakyat selepas Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) mengumumkan jumlah kematian di negara itu kini mencecah 2,600 orang.

Keadaan yang semakin meruncing tersebut menyebabkan Liga Arab dan Turki, kelmarin menggesa Presiden Bashar al-Assad untuk mengambil tindakan segera bagi menghentikan keganasan di Syria yang berlangsung sejak enam bulan lalu.

Mesyuarat disertai 22 Menteri Luar Liga Arab di Kaherah, Mesir itu juga menyifatkan situasi di Syria semakin meruncing dan kerajaan Assad perlu memandang serius kerana semakin ramai rakyat terkorban akibat tindakan ganas tentera Syria.

Dalam satu kenyataan, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan turut memberi amaran jika konflik di Syria berpanjangan ia mungkin akan bertukar menjadi perang saudara.

Kelmarin, penunjuk perasaan turut mengadakan demonstrasi kerana berang terhadap Rusia selepas negara tersebut menyokong kerajaan Assad dan menegaskan sebarang resolusi PBB ke atas Syria tidak boleh mengandungi mandat untuk mengenakan sekatan atau campur tangan ketenteraan.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved