Isnin, 12 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Malaysia penyelesaian terbaik

Posted: 11 Sep 2011 05:00 PM PDT

Malaysia penyelesaian terbaik CANBERRA - Perdana Menteri Australia, Julia Gillard semalam, berkata, kerajaan akan meminda undang-undang migrasi negara itu bagi membolehkan Canberra meneruskan rancangan menghantar pemohon suaka ke Malaysia dalam usaha menghalang aktiviti pemerdaga-ngan manusia di rantau itu.

Gillard merancang akan membentangkan undang-undang baru tersebut di Parlimen, minggu depan selepas mahkamah tinggi Australia menghalang kerajaan meneruskan perjanjian itu, bulan lalu.

Menurutnya, perubahan undang-undang migrasi membolehkan kerajaan memintas larangan mahkamah dan kerajaannya berazam akan mengotakan perjanjian yang ditandatangani dengan Malaysia, bulan lalu.

"Malaysia adalah penyelesaian terbaik bagi masalah pemohon suaka dan pemerdagangan manusia buat masa ini," katanya.

Perjanjian pertukaran antara Australia dan Malaysia bakal menyaksikan 800 pemohon suaka dihantar ke Malaysia dan Canberra pula akan menerima 4,000 pelarian dari Malaysia.

Bagaimanapun, rancangan tersebut mendapat tentangan banyak pihak kerana Malaysia tidak menandatangani konvensyen pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang memberikan panduan mengenai hak dan perlindungan kepada pelarian.

Rakyat Eropah sokong Palestin

Posted: 11 Sep 2011 05:00 PM PDT

Rakyat Eropah sokong Palestin LONDON - Majoriti penduduk di Britain, Perancis dan Jerman mahu kerajaan masing-masing mengiktiraf pembentukan Palestin sebagai negara bebas semasa mesyuarat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menurut satu tinjauan pendapat.

Sebanyak 59 peratus daripada responden di Britain berpendapat, kerajaan patut menyokong resolusi PBB bagi mengiktiraf Palestin, manakala masing-masing 69 peratus dan 71 peratus penduduk di Perancis dan Jerman turut mempunyai pandangan sama.

Kebanyakan penduduk Eropah juga berpendapat Palestin berhak mempunyai negara sendiri dengan 71 peratus rakyat Britain, 82 peratus Perancis dan 86 peratus Jerman menyokongnya.

Palestin dilihat bakal mendapat undian majoriti, jika resolusi itu dibentangkan di Perhimpunan Agung PBB di New York, minggu depan.

Namun, Palestin memerlukan kelulusan Majlis Keselamatan PBB, bagi mendapatkan keanggotaan penuh di PBB.

Minggu lalu, Amerika Syarikat, mengesahkan akan menghalangnya menggunakan kuasa veto.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved