Sabtu, 10 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Penoreh bunuh gadis dihukum gantung sampai mati

Posted: 09 Sep 2011 05:00 PM PDT

Penoreh bunuh gadis dihukum gantung sampai mati

ALOR SETAR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas seorang penoreh getah selepas dia didapati bersalah membunuh seorang gadis dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Zakiah Kassim menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Haris Abdul Talib, 28, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tanpa keraguan munasabah.

Mohd Haris dituduh membunuh Farhanim Ahmad Ibrahim, 17, sebelum mayatnya yang telah reput ditemui pencari madu lebah dalam belukar di kampung Carok Kapas di Kupang, Baling.

Dia melakukan pembunuhan ke atas Farhanim antara 29 Mac 2009 pukul 6 pagi hingga 4 April 2009 pukul 2.40 petang di kawasan belukar terbabit dan dia didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman gantung sampai mati mandatori.

Mohd Haris merayu terhadap hukuman itu.

Dalam penghakimannya, Zakiah secara peribadi menasihatkan Mohd Haris agar memperbaiki diri supaya menjadi insan yang lebih baik dan beriman sementara menunggu keputusan rayuannya.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Nor Hasnita Wan Daud, manakala tertuduh diwakili peguam KT Jayaraj.- Bernama

Malaysia mampu raih pingat emas badminton di CYG2011

Posted: 09 Sep 2011 05:00 PM PDT

Malaysia mampu raih pingat emas badminton di CYG2011

KUALA LUMPUR - Atlet remaja negara dalam acara badminton di temasya Sukan Belia Komanwel 2011 (CYG2011) di Isle of Man, United Kingdom mampu menghadiahkan pingat emas buat Malaysia.

"Badminton memastikan kecemerlangan dalam Sukan Belia Komanwel keempat di sini dengan lima penampilan di perlawanan akhir, sekaligus menjanjikan enam pingat untuk kontinjen negara.

"Tidak terkecuali, jika semua perancangan menjadi, lapan pingat boleh di bawa pulang kerana peserta Malaysia turut beraksi dalam penentuan pingat gangsa acara beregu campuran dan perseorangan wanita," kata ketua kontinjen Malaysia ke CYG2011 Rosmanizam Abdullah dalam kenyataan di sini hari ini.

Acara badminton temasya CYG2011 itu berlangsung di Pusat Sukan Nasional Douglas.

Pingat emas pertama Malaysia telah dipastikan dalam acara beregu wanita, apabila pasangan Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean akan bertemu rakan sepasukan, Sonia Cheah-Yang Li Lian pada perlawanan akhir.

Peluang Malaysia juga terletak di bahu pemain perseorangan lelaki Zulfadli Zulkifli yang akan menentang Sameer Verma dari India manakala Sonia akan menentang Pusaria Sindhu dari India pada perlawanan akhir perseorangan wanita.

Pasangan Nelson Heg-Teo Ee Yi dalam acara beregu lelaki juga berpeluang meraih pingat emas apabila mara ke peringkat akhir, di mana mereka akan bertemu Ryan McCarthy-Tom Wolfenden dari England.

Malaysia turut mara ke peringkat akhir acara beregu campuran melalui Teo Ee Yi-Chow Mei Kuan, yang akan bertemu Srikanth Kidambi-Maneesha Kukkapalli dari India.

Selain badminton, Malaysia juga mengambil bahagian dalam acara olahraga, berbasikal dan akuatik (renang).

Pada edisi 2008 di Pune, India, kontinjen negara meraih tiga emas, lima perak dan empat gangsa. Dua daripada tiga pingat emas di India itu disumbangkan acara badminton dan satu daripada acara menembak.- Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved