Khamis, 8 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Israel tutup tadika Palestin

Posted: 07 Sep 2011 05:00 PM PDT

Israel tutup tadika Palestin BAITULMAQDIS - Seramai 64 kanak-kanak tadika Palestin di kawasan kejiranan Abu Tor, Baitulmaqdis menjadi mangsa Israel apabila dihalang ke tadika selepas polis rejim menutup bangunan tempat pembelajaran mereka atas alasan ia akan digunakan sebagai pusat operasi oleh kumpulan pejuang Hamas.

Tadika Najat dijadual memulakan kelas bagi kanak-kanak Palestin di sebuah bangunan baru, Ahad lalu namun harapan itu musnah selepas pintu bangunan tadika itu dikimpal atas arahan ketua polis Israel.

"Saya yakin bangunan itu akan digunakan untuk aktiviti Hamas jadi ia akan ditutup sehingga 4 Oktober depan," menurut Ketua Polis Israel, Yohanan Danino.

Pertubuhan Najat yang mengendalikan tadika itu menyangkal tuduhan tidak berasas Israel dan berikrar akan mengambil tindakan mahkamah berhubung arahan penutupan itu.

Tindakan biadap Israel yang dilihat takut dengan bayang-bayang sendiri itu hanya menjadikan kanak-kanak tidak berdosa sebagai mangsa.

"Ini tahun pertama anak saya akan ke tadika tetapi kini dia tiada tempat untuk dituju," menurut penduduk Palestin, Ahlam Edris.

Israel mula meningkatkan kawalan keselamatan di seluruh negara selepas bimbang pejuang Palestin akan melancarkan peperangan ketiga terhadap rejim perampas itu sempena usaha pembentukan negara merdeka Palestin, akhir bulan ini.

Pakistan siasat penipuan bom

Posted: 07 Sep 2011 05:00 PM PDT

Pakistan siasat penipuan bom ISLAMABAD - Penerbangan Pakistan International (PIA), semalam me-ngumumkan sedang menyiasat sumber ancaman yang diterima melalui e-mel, bahawa dua kapal terbang milik syarikat itu dipasang bom, sehingga memaksa sebuah daripadanya melakukan pendaratan cemas di Istanbul, Turki.

Menurut PIA, syarikat itu menerima dua e-mel, kelmarin mendakwa terdapat bom di dalam pesawatnya yang membawa 378 penumpang dalam perjalanan dari Lahore ke Manchester, Britain menyebabkan kapal terbang itu terpaksa berpatah balik dan mendarat di Istanbul.

Sebuah lagi pesawat PIA selamat tiba di destinasinya di Lapangan Terbang Kuala Lumpur selepas menerima anca-man serupa semasa dalam penerbangan.

Pemeriksaan oleh pihak berkuasa Istanbul dan Kuala Lumpur mengesahkan tiada bom di atas kedua-dua kapal terbang itu.

"Jabatan keselamatan sedang melakukan siasatan bersama dengan Pasukan Keselamatan Lapangan Terbang dan agensi lain tetapi setakat ini, tiada penemuan diperoleh," menurut pengarah operasi PIA, Naveed Aziz.

Seorang lagi pegawai kanan PIA berkata, penipuan itu adalah serius dan boleh memburukkan reputasi syarikat itu jika ia berlaku lagi pada masa hadapan.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved