Rabu, 7 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


23 maut,60 cedera dalam serangan bom berkembar

Posted: 06 Sep 2011 05:00 PM PDT

23 maut,60 cedera dalam serangan bom berkembar QUETTA - Sekurang-kurangnya 23 maut, manakala kira-kira 60 lagi cedera selepas kereta dipenuhi bom menya-sarkan pasukan keselamatan di barat daya Quetta, meletup, semalam.

Pegawai kanan polis, Hamid Shakil berkata, kejadian berlaku di luar kediaman Timbalan Ketua Polis Sempadan disusuli dengan insiden pengeboman berani mati di dalam rumah beliau.

Serangan itu menyebabkan isteri dan dua anak Timbalan Ketua Polis serta pegawai yang berada di tempat kejadian terkorban.

Insiden keganasan tersebut, didakwa berpunca daripada penahanan pemimpin kanan kumpulan militan Al-Qaeda, Younis Al-Mauritani bersama dua lagi pengikutnya oleh Perkhidmatan Risikan Pakistan, Isnin lalu.

Pihak berkuasa tidak menolak kejadian serangan itu mungkin bermotifkan balas dendam.

Anjing makan tuan

Posted: 06 Sep 2011 05:00 PM PDT

Anjing makan tuan JAKARTA - Tujuh ekor anjing yang ditinggalkan tanpa makanan dan minuman selama dua minggu, bertindak membaham tuannya sendiri, selepas dia pulang bercuti ke rumahnya di Manado, menurut polis, kelmarin.

Jiran mangsa yang curiga mengenai kehilangan mangsa dikenali sebagai Andre Lumboga, 50, bertindak melaporkan perkara itu kepada polis, selepas terhidu bau busuk dan turut menemui beberapa buah beg pakaian di luar rumahnya.

Ketua polis tempatan di Pulau Batam, Eriyana berkata, polis menemui kepala mangsa di dapur, manakala badannya pula di bahagian luar rumah, Isnin lalu.

Hasil siasatan pihak berkuasa mendapati, Andre dipercayai pulang ke rumahnya minggu lalu, sebelum kesemua anjing peliharaannya bertindak menyerangnya secara tiba-tiba.

Mereka turut menemui serpihan tulang dua lagi anjing yang menjadi hidangan kesemua haiwan menderita kebuluran tersebut.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved