Selasa, 6 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Obama seperti Bush

Posted: 05 Sep 2011 05:00 PM PDT

Obama seperti Bush

WASHINGTON - Pen­tadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengecewakan aktivis hak asasi manusia yang sebelum ini menyangka beliau akan menarik balik pelbagai kekangan diperkenalkan kerajaan bekas presiden AS, George Bush selepas serangan 11 September 2001.

Semasa mula berkhidmat pada Januari 2009, Obama berjanji kononnya akan menutup pusat tahanan Teluk Guantanamo dalam masa setahun namun sehingga kini, penjara itu masih dibuka dan terus mengamalkan penderaan terhadap banduan.

"Pencabulan hak asasi manusia nampaknya menjadi sesuatu yang kekal dalam landskap perundangan negara ini," menurut Michael Ratner, Presiden Pusat Hak Asasi Perlembagaan yang berjuang mengembalikan hak asasi manusia sejak 1960an.

Ratner yang menjadi antara kumpulan peguam pertama mewakili tahanan Guantanamo dalam kes penyeksaan terhadap mereka berkata, Obama masih mengamalkan undang-undang berbentuk ketenteraan.

"Semua yang kami perjuangkan kini hanya sia-sia. Pihak berkuasa bebas melakukan apa sahaja. Mereka menyasarkan orang Islam yang dijadikan kriteria utama untuk diintip," katanya lagi.

Pelancong Turki jadi mangsa Israel

Posted: 05 Sep 2011 05:00 PM PDT

Pelancong Turki jadi mangsa Israel

ISTANBUL - Rakyat Turki mengadu diasingkan dan diperiksa di lapangan terbang Israel, kelmarin, menunjukkan kesan awal ketegangan hubungan diplomatik antara kedua negara.

Pelancong Turki mula merasakan kehadiran mereka tidak dialu-alukan, tiga hari selepas Ankara menghalau duta Israel kerana keengganan rejim itu memohon maaf terhadap serangan ke atas konvoi kemanusiaan ke Gaza, tahun lalu yang membunuh sembilan warga Turki.

Agensi berita Turki melaporkan, rakyat Turki yang tiba di Lapangan Terbang Ben-Gurion, Tel Aviv diarah menjalani pemeriksaan tubuh badan sebelum dibenarkan meninggalkan Israel.

"Rakyat Turki dipilih secara khusus untuk diberikan layanan buruk berbanding pelancong lain, dan bagasi kami diperiksa berkali-kali oleh pegawai keselamatan Israel," menurut pemandu pelancong Turki, Eyup Ansar Ugur yang melawat Israel semasa Ramadan lalu.

Dalam masa sama, pelancong Israel pula membuat aduan serupa dengan seorang peniaga Israel, Hayuta Leibovich mendakwa diarah berdiri di sudut terminal setibanya di Istanbul dan disoal siasat serta perlu menunggu sehingga 90 minit sebelum dilepaskan.

Pihak lapangan terbang Istanbul menegaskan, Kementerian Luar Turki mengarahkan pelawat Israel diperiksa dengan lebih tegas sebagai tindak balas terhadap layanan buruk rejim itu kepada pelancong Turki.

Jumaat lalu, Turki membekukan kerjasama ketenteraan dengan Israel, menghalau wakil Tel Aviv dan mengancam mengambil tindakan undang-undang selepas laporan serangan itu dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved