Isnin, 26 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


PR bincang hudud Rabu ini

Posted: 25 Sep 2011 05:00 PM PDT

PR bincang hudud Rabu ini SHAH ALAM – Pakatan Rakyat (PR) akan menyelesaikan isu terbaru membabitkan hasrat Pas mahu mengadakan hukum hudud pada mesyuarat kepimpinan, Rabu ini.

Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mesyuarat Majlis Kepimpinan PR diadakan untuk membincangkan Bajet 2012 yang akan dibentangkan bulan depan tetapi kepimpinan perikatan turut bersetuju untuk menyentuh perkara berkaitan isu hudud.

Justeru, Anwar bersetuju kesemua parti perlu mencapai konsensus berhubung isu sensitif yang melibatkan pendirian DAP dan Pas sejak sekian lama.

"Mesyuarat telah dijadualkan untuk membincangkan soal bajet dan juga isu hudud ," katanya.

Bagaimanapun Anwar menekankan bahawa isu hudud bukan sesuatu yang baru, malah Pas juga jelas dengan pendirian mereka.

Kelmarin, Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh menggesa PR memanggil mesyuarat tergempar kepimpinan dengan segera bagi menyelesaikan kontroversi berkaitan hukum hudud.

Pada perkembangan sama, Pakatan juga kesal dengan Barisan Nasional (BN) kerana memperalatkan isu hudud sebagai permainan politik, sedangkan pemimpin mereka tidak pernah berhasrat membincangkan isu ini secara tuntas dan serius.

Katanya, lebih malang lagi media yang dikuasai pemerintah pula mencanangkan undang-undang syariah sebagai suatu warisan zaman primitif.

"Harus diingat, pandangan beberapa kerat pimpinan Umno yang mempersenda hukum Islam ini sesungguhnya tidaklah mewakili umat.

"Waima mutakhir ini beberapa pimpinan Umno memperlihatkan diri sebagai jagoan memperjuangkan Islam dan sering kali menuduh pimpinan PR sebagai pengkhianat agama dan bangsa, sedangkan yang sering dilaung-laungkan oleh pimpinan Umno-BN sekadar retorik," katanya

Menurut Anwar, perlaksanaan hukum Islam sewajarnya mengambil kira keberkesanan pentadbiran mahkamah syariah negara ini memastikan keadilan untuk semua.

Menyentuh persoalan keadilan untuk semua, katanya perlaksanaan undang-undang syariah semestinya menjamin hak bukan Islam tidak dicerobohi serta dizalimi.

Justeru, Pakatan akan berpegang pada permuafakatan yang tertera dalam Buku Jingga.

Menurut Anwar lagi, meskipun beliau menghormati keputusan kerajaan negeri Kelantan yang mahu melaksanakan hudud, namun ia mesti tertakluk kepada beberapa perkara.

"Pertamanya persoalan Maqasid al Syariah, Matlamat Utama Syariah, iaitu menjamin keadilan untuk semua.

"Justeru adalah baik melihat beberapa aspek perundangan syariah yang berjaya dilaksanakan di Kelantan, maka tidak wajar buat saya menempelak atau meremehkan langkah tersebut," katanya.

Ambil tindakan undang-undang

Posted: 25 Sep 2011 05:00 PM PDT

Ambil tindakan undang-undang

SEREMBAN – Pas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kumpulan yang mencetuskan kekecohan pada majlis sambutan Aidilfitri dan ceramah Mohamad Sabu di Ampangan, malam kelmarin.

Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abd Ghani berkata, pihaknya akan berbincang serta meneliti kejadian itu dengan peguam dilantik untuk mengambil tindakan selanjutnya.

Menurutnya, beberapa penyokong dan ahli Pas yang cedera akibat tindakan kumpulan tersebut bagaimanapun belum membuat laporan polis.

"Mereka akan membuat laporan polis dalam masa terdekat ini. Mereka yang tercedera juga akan membuat laporan nanti," katanya kepada Sinar Harian Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (Dun) Paroi di Dataran Senawang, Senawang, di sini semalam.

Hadir sama, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dan Setiausaha DAP negeri, Cha Kee Chin.

Mohd Taufek berkata, beliau kesal dengan tindakan mereka yang mencetuskan kekecohan itu, seolah-olah menidakkan hak bersuara serta memberi pendapat.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved