Jumaat, 9 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Polis tunggu Peguam Negara

Posted: 08 Sep 2011 05:00 PM PDT

Polis tunggu Peguam Negara KUALA LUMPUR – Polis kini menunggu arahan selanjutnya daripada Peguam Negara, selepas kertas siasatan terhadap Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong dihantar kelmarin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, kertas siasatan dihantar sudah dilengkapkan bersama maklumat hasil siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan atas kesalahan melibatkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

"Kita sudah jalankan tugas dan hanya tunggu arahan daripada pihak atasan, sama ada untuk tindakan selanjutnya.

"Terpulang kepada pihak Peguam Negara untuk menentukan bentuk tindakan terhadap kes itu, selepas menilai kertas siasatan yang diserahkan," katanya pada sidang akhbar semalam.

Kelmarin Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob mengesahkan kertas siasatan berhubung kes dihantar ke Bukit Aman kelmarin untuk diteliti dan dirujuk kepada Pejabat Pendakwa Raya.

Menurutnya, keterangan Mohamad Sabu direkodkan pada Ahad lalu, manakala sebanyak 68 kenyataan turut diambil termasuk daripada pemberita, saksi bebas serta individu yang membuat laporan polis terhadapnya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Ismail turut melahirkan rasa kecewa serta kesal terhadap tindakan Mohamad Sabu yang dilihat cuba memutarbelitkan fakta sejarah.

"Kita tidak tahu apa motif beliau. Jika dilihat kepada jumlah 4,643 bilangan individu yang terkorban termasuk polis, askar dan orang awam pada kedua-dua fasa darurat ketika zaman Komunis, beliau sepatutnya tidak mengeluarkan kenyataan sebegitu.

"Orang ramai juga boleh menilai sendiri, apakah wajar atau tidak tindakan tersebut (mengeluarkan kenyataan)," katanya.

Malaysia sertai dua protokol

Posted: 08 Sep 2011 05:00 PM PDT

Malaysia sertai dua protokol KUALA LUMPUR - Malaysia akan menyertai dua Protokol Pilihan Kepada Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak yang diperkenalkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau berkata, Jemaah Menteri meluluskan penyertaan Malaysia dalam dua protokol, protokol perlindungan penjualan, pelacuran dan pornografi kanak-kanak; dan protokol perlindungan kanak-kanak daripada melibatkan diri dalam konflik senjata.

Katanya, penyertaan Malaysia dalam dua protokol itu bertujuan membendung masalah yang sering menimpa kanak-kanak di negara ini terutama penderaan dan pemerdagangan kanak-kanak untuk eksploitasi seks.

"Jemaah Menteri bersetuju Malaysia menyertai dua protokol pilihan sebagai tambahan melindungi hak kanak-kanak," katanya.

Berikutan itu, katanya, kementerian akan merangka beberapa program yang memberi kesedaran kepada penjaga kanak-kanak dan remaja mengenai isu itu dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran.

"Kerajaan serius mengatur strategi membendung masalah ini, ada kanak-kanak yang bawah umur tanpa tahu baik dan buruk menyebarkan gambar bogel mereka di Internet, mereka ini tidak tahu bahaya buat begitu," katanya.

Terdahulu, Shahrizat menyertai barisan panel dalam bual bicara bersama enam remaja mengenai impian dan harapan mereka serta perbincangan mengenai peluang yang disediakan kerajaan kepada golongan remaja.

Turut menjadi panel, Wakil Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unicef) ke Malaysia Hans Olsen.

Shahrizat dalam bual bicara itu berkata, remaja adalah aset penting negara yang perlu didekati serta difahami sebaik-baiknya, dan pendapat yang mereka utarakan boleh menjadi buah fikiran kepada kerajaan dalam melaksanakan dasar.

"Mereka sudah dewasa untuk dilayan sebagai kanak-kanak, namun masih terlalu muda untuk dilayan sebagai orang dewasa... tetapi pada peringkat remaja ini, mereka kadang-kadang boleh menilai perasaan untuk menjadi lebih bertanggungjawab kepada diri, keluarga dan negara," katanya pada bual bicara kira-kira sejam itu.

Seorang daripada remaja itu, Alayna Rani Sreenivas berkata: "Saya berasa lebih bertanggungjawab ke atas semua tindakan saya, ia adalah hak kami untuk turut serta ke arah sebuah negara dan dunia yang lebih baik.

"Terdapat seramai 1.2 bilion remaja daripada populasi dunia... begitulah banyaknya idea yang tidak harus diabaikan," katanya. - Bernam

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved