Rabu, 21 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Lelaki lumpuh menang kes saman polis, dapat ganti rugi RM900,000

Posted: 20 Sep 2011 05:00 PM PDT

Lelaki lumpuh menang kes saman polis, dapat ganti rugi RM900,000

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang lumpuh akibat ditembak polis hari ini berjaya dalam tuntutan samannya apabila Mahkamah Tinggi memerintahkan pihak polis membayar ganti rugi berjumlah RM900,000.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi di sini, Siti Khadijah S Hassan Badjenid memerintahkan Lans Kopral Nadzri Ahmad dan Ketua Polis Negara membayar jumlah itu meliputi kos tambang ke hospital, kos ulang alik sebagai pesakit luar, kos beg kencing, kehilangan pendapatan dan lain-lain.

Dalam penghakimannya, Siti Khadijah berkata, perbuatan Nadzri yang melepaskan tembakan terhadap Johari Kasman, 28 jelas menunjukkan salah guna kuasa dan terdapat percanggahan antara keterangan pakar dan afidavit pembelaan berhubung jarak tembakan dilepaskan.

Katanya, semasa kejadian Nadzri bertugas dengan memakai pakaian preman dan menahan plaintif kerana berkelakuan mencurigakan tetapi plaintif enggan berhenti hingga timbul pergelutan.

Siti Khadijah berkata, walaupun kejadian tembakan itu berlaku, Nadzri tidak melepaskan tanggung jawabnya begitu saja malah bertindak membawa plaintif ke hospital.

"Defendan pertama menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Berat mata memandang, berat lagi memikul tanggungjawab. Plaintif mempunyai empat rekod jenayah lampau yang kesemuanya kesalahan mencuri kenderaan," katanya.

Bagaimanapun, ketika kejadian pada 23 Oktober 2004, defendan berkata, plaintif memandu menggunakan motosikal curi dengan nombor pendaftaran palsu, tetapi defendan tidak mempunyai bukti bahawa plaintif terbabit pada hari itu", katanya.

Pada 18 Oktober 2007, Johari mengemukakan saman terhadap Nadzri dan Ketua Polis Negara kerana cuai hingga menyebabkannya lumpuh selepas ditembak di belakang dan mendakwa Nadzri tidak memperkenalkan diri sebagai anggota polis dan gagal memberi amaran sebelum menembaknya.

Menerusi pembelaan, kedua-dua defendan berkata, tindakan menembak itu bertujuan mempertahankan diri dan sebelum pergelutan berlaku plaintif bertindak menghayun topi keledar beberapa kali hingga terkena kepala Nadzri, selain cuba merampas pistol defendan.

Sepanjang prosiding Johari memanggil empat orang saksi manakala defendan seramai enam orang.

Peguam V Rajadevan mewakili Johari dan Peguam Kanan Persekutuan, Mariam Hasanah Othman mewakli defendan. - Bernama

Mayat lelaki ditemui di Sungai Melaka

Posted: 20 Sep 2011 05:00 PM PDT

Mayat lelaki ditemui di Sungai Melaka

MELAKA - Mayat seorang lelaki ditemui di Sungai Melaka berhampiran jambatan Kampung Morten, di sini, hari ini.

Mayat Soon Fee Lim, 67, dari Bukit Piatu di sini ditemui sepasukan anggota skuba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, pada jam 12.45 tengah hari ini.

"Lelaki itu dikatakan terjatuh ke dalam sungai itu. Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat," kata Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Salehhudin Abd Rahman.

Pegawai Bomba Kanan, Razali Che Ari ketika ditemui pemberita di tempat kejadian berkata, seramai 10 anggota bomba bomba dan penyelamat terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat.

Operasi mencari dan menyelamat itu menghadapi kesukaran kerana terdapat cerucuk, konkrit dan sampah di dasar sungai itu, katanya. - Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved