Ahad, 18 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Empat rakyat Malaysia maut

Posted: 17 Sep 2011 05:00 PM PDT

Empat rakyat Malaysia maut SUNGAI GOLOK (Selatan Thai) – Empat rakyat Malaysia, termasuk seorang kanak-kanak berumur tiga tahun, maut dalam tiga kejadian letupan bom berasingan di kawasan bergolak Selatan Thailand, petang kelmarin.

Manakala seorang sukarelawan rakyat Thailand berumur 38 tahun yang cuba membantu mangsa ketika insiden turut terkorban, menjadikan jumlah korban letu-pan itu, lima orang.

Kejadian di Jalan Charoen Khet, Sungai Golok itu turut menyebabkan 19 rakyat negara ini cedera, termasuk dua daripadanya parah dan kini dirawat di Hospital Yala.

Letupan di beberapa kawasan menempatkan pusat hiburan dan hotel itu, menyebabkan kira-kira 60 orang tercedera termasuk orang awam, polis, sukarelawan dan anggota tentera.

Rakyat Malaysia terkorban, Chan Yau Win, 38; Wong Hong Yep, 64, dan cucunya, Wong Kai Sean, 3; dari Kota Bharu, Kelantan serta Foong Foo Keah, 45, dari Kuantan, Pahang.

Hong Yep dan Kai Sien berada di Sungai Golok bersama tiga ahli keluarga, manakala Foong pula bersama tiga rakan termasuk abangnya, Foong Too Chuan, 53, ketika letupan berlaku.

Seorang rakyat Malaysia yang cedera parah, Heng Chin Gou termasuk Komander Pasukan Khas 1922, sebuah pasukan khas bertanggungjawab menjaga keselamatan di Sungai Golok, Kapten Theerapong Suwannawetch.

Timbalan Datuk Bandar Sungai Golok, Rosdi Che Omar berkata, letupan pertama berlaku kira-kira jam 7.30 petang waktu Malaysia apabila, sebuah motosikal diletakkan di hadapan Pusat Kebudayaan Persatuan Teochew di jalan berkenaan meletup.

"Kira-kira lima minit kemudian, sebutir lagi bom dipasang pada motosikal berhampiran Hotel Marina, meletup menyebabkan Foo Keah dan sukarelawan rakyat Thailand cedera parah sebelum meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Golok.

"Ketika keadaan kelam-kabut di jalan sepanjang 500 meter itu, satu lagi letupan lebih besar, dipercayai daripada bom dipasang pada kereta yang diletakkan berhampiran lampu isyarat dekat Hotel Merlin meletup," katanya.

Rosdi berkata, pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan kejadian dilakukan kumpulan sindiket dadah, selain dikaitkan dengan ahli kumpulan pemisah.

KJ bidas pembangkang suka ‘ambil kredit’

Posted: 17 Sep 2011 05:00 PM PDT

KJ bidas pembangkang suka 'ambil kredit' REMBAU – Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin membidas sikap pembangkang yang 'mengambil kredit' daripada tindakan kerajaan menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Beliau berkata, pembangkang begitu mudah menyatakan pengu-muman pemansuhan ISA oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu diceduk atau ditiru daripada Buku Jingga.

"Dalam sejarah akan ditulis pemimpin yang bertanggungjawab memansuhkan ISA ini bukanlah pembangkang, tetapi hasil daripada transformasi dilaksanakan Perdana Menteri dan kerajaan BN," katanya pada Majlis Sambutan Aidilfitri Parlimen Rembau di pekarangan balai raya Gadong di sini, semalam.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, beliau sejak awal menyokong tindakan memansuhkan ISA dengan cadangan meminda beberapa perkara dalam akta itu kepada pucuk pimpinan parti melalui Pemuda Umno.

Beliau turut berharap akta baru yang bakal digubal nanti akan mengutamakan dua perkara.

"Pertama, memastikan keselamatan negara terus terjamin daripada sebarang kegiatan yang boleh mengganggu dan menggugat keselamatan serta kestabilan negara, dan kedua perlu menghormati hak asasi setiap rakyat," katanya.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved