Khamis, 22 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


PR akhirnya setuju

Posted: 21 Sep 2011 05:00 PM PDT

PR akhirnya setuju KUALA LUMPUR – Pakatan Rakyat akhirnya bersetuju menyertai jawatankuasa terpilih parlimen bersama dengan kerajaan untuk pembaharuan pilihan raya negara ini.

Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya sedia menghantar wakil daripada setiap parti komponen PR untuk menyertai jawatankuasa tersebut.

"Kita akan minta wakil tersebut membawa mandat rakyat yang dicetuskan oleh Bersih 2.0 untuk mengadakan proses (pembaharuan) pilihan raya yang bersih.

"Ini kerana kita berharap jawatankuasa ini bukan helah untuk melambatkan pembaharuan dan pilihan raya diadakan sebelum jawatankuasa ini bertindak," katanya dalam kepada pemberita d:i sini selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat semalam.

Bagaimanapun katanya, pihaknya sehingga kini belum mendapat sebarang maklumat mengenai pembentukan jawatankuasa tersebut yang akan dibentangkan pada sesi Parlimen 3 Oktober depan.

Beliau berkata, pihaknya mengambil pendekatan terbuka dengan memberi kerjasama penuh untuk melaksanakan pembaharuan pilihan raya seperti yang dikehendaki oleh rakyat.

"Kita beri peluang kepada kerajaan sama ada ini hanya taktik atau mereka benar-benar serius atau sebaliknya untuk melakukan perubahan dalam pilihan raya.

Selain itu, beliau turut mengulas rundingan kerusi antara parti komponen PR untuk pilihan raya umum akan datang yang mana setiap negeri diminta mencadangkan nama calon untuk diserahkan kepada peringkat Pusat sehingga akhir bulan ini.

"Tidak benar dakwaan bahawa rundingan (kerusi) gagal kerana perbezaan pendapat sering berlaku dan ini akan ditangani oleh parti di setiap negeri.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafar Ali berkata, sebahagian negeri telah mengemukakan nama kepada peringkat Pusat.

"Insya-Allah cadangan mengenai nama tersebut akan selesai dalam tempoh yang kita ditetapkan.

"Sekiranya ada pertindihan nama, Pusat akan menyelesaikan perkara tersebut," katanya.

Twitter PDRM salur maklumat terkini

Posted: 21 Sep 2011 05:00 PM PDT

Twitter PDRM salur maklumat terkini KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan laman Twitter rasminya semalam sebagai pendekatan terkini seiring perkembangan teknologi maklumat.

Perkara itu diumumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar sempena sambutan ulang tahun pertama Facebook PDRM di Maktab PDRM Kuala Lumpur.

Ismail berkata, kedua-dua laman sosial itu sebagai medium untuk polis berkongsi maklumat terkini bersama masyarakat.

Menurutnya, pihaknya berharap orang ramai dapat menyalurkan maklumat kepada polis mela-lui Facebook dan Twitter dilancarkan itu.

"Melalui Facebook dan Twitter, polis dapat merapatkan jurang komunikasi dua hala dengan orang awam melalui komen, tindak balas, idea dan kritikan.

"Ini bertujuan mempertingkatkan prestasi PDRM," katanya.

Facebook PDRM kini mempunyai pengikut mencecah 85,000 orang dan sentiasa bertambah dari masa ke semasa.

Menurutnya, beliau berharap pada masa akan datang polis dapat menghasilkan kejayaan melalui kedua-dua laman sosial tersebut hasil maklumat orang ramai.

Katanya, ia dapat mewujudkan pandangan positif masyarakat terhadap PDRM.

"Ia sebagai platform bagi menunjukkan PDRM serius meningkatkan perkhidmatan kepada masyarakat," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Twitter PDRM akan menjadi medium untuk polis menghebahkan berita mengenai kejayaan tangkapan, program bersama masyarakat serta kenyataan atau siaran media oleh pucuk pimpinan PDRM.

"Di samping itu, laporan kesesakan lalu lintas secara harian terutama ketika waktu puncak di laluan utama seluruh negara akan di 'tweet' di dalam Twitter PDRM," katanya.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved