Ahad, 11 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Kerana kasih anak, bapa jadi korban

Posted: 10 Sep 2011 05:00 PM PDT

Kerana kasih anak, bapa jadi korban PONTIAN - Niat seorang bapa hendak meleraikan pergaduhan bagi menyelamatkan anaknya yang diserang 10 remaja tidak kesampaian apabila dia maut akibat cedera parah dipukul dalam kejadian di Taman Utama, Pekan Nenas, malam kelmarin.

Mangsa, Chen Chio Beng, 38, seorang kontraktor, mati dalam perjalanan ke hospital dipercayai dipukul dengan batu bata, botol dan besi oleh kumpulan remaja berkenaan,.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zahaliman Jamin, ketika kejadian, anak mangsa berumur 19 tahun bersama seorang rakannya dalam perjalanan pulang ke rumah dari kafe siber menaiki kereta diekori sekumpulan remaja lelaki menaiki kereta dan motosikal.

"Sebaik sahaja anak mangsa tiba di hadapan rumahnya, sekumpulan remaja itu turut memberhentikan kenderaan mereka. Anak mangsa diserang dan berlaku pergaduhan melibatkan dua kumpulan remaja berumur di antara 19 hingga 25 tahun ini.

"Mangsa yang kebetulan berada di dalam rumah bertindak cuba meleraikan pergaduhan yang berlaku bagi menyelamatkan anaknya tetapi dia teruk dipukul sehingga cedera parah," katanya.

Zahaliman berkata, polis percaya pergaduhan berpunca daripada perselisihan faham yang berlaku beberapa hari sebelum kejadian.

30,000 daftar My Distress

Posted: 10 Sep 2011 05:00 PM PDT

30,000 daftar My Distress SEREMBAN – Aplikasi isyarat jenayah dalam telefon bimbit bagi mempercepatkan maklum balas dan tindakan polis menahan penjenayah atau My Distress kini menerima 30,000 pendaftar.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, sistem yang dilaksanakan di Selangor itu mendapat sambutan amat menggalakkan sejak diperkenalkan awal Ogos lalu.

Katanya, selain menerima pendaftaran daripada orang ramai, pihaknya kini mengukur tahap keupayaan polis dalam memberi perkhidmatan kepada orang ramai melalui perkhidmatan tersebut.

"Kita sedang memantau bagaimana polis memberi maklum balas terhadap setiap panggilan My Distress yang diterima.

"Insya-Allah, apabila kita dapat mengatasi masalah di Selangor, kita akan memperluaskan sistem ini ke negeri lain pula," katanya kepada pemberita sempena majlis rumah terbukanya di Kampung Gebok, Mantin, dekat sini, semalam.

Menurutnya, pihak polis kini banyak menerima panggilan percubaan daripada pendaftar My Distress yang bertujuan menguji sistem tersebut.

"Kita juga boleh mengesan mereka yang menyalahgunakan perkhidmatan ini kerana pengguna perlu mendaftar terlebih dahulu.

"Perkhidmatan ini sebagai pendekatan dan langkah untuk meningkatkan perkhidmatan polis kepada orang ramai," katanya.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Khalid berkata, laman :Facebook :milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini mencecah 70,000 ahli yang mengikutinya.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved