Jumaat, 23 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Perlu perjelas sejarah Malaysia

Posted: 22 Sep 2011 05:00 PM PDT

Perlu perjelas sejarah Malaysia KUALA LUMPUR - Suara Solidariti Anak Bangsa Malaysia mendesak polis menyiasat Majlis Profesor Negara (MPN) kerana didakwa mengeluarkan kenyataan yang boleh mendatangkan kerisauan kepada masyarakat.

Jurucakap Solidariti, Aiman Athirah Al Jundi berkata, kenyataan Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio Budaya MPN, Profesor Datuk Dr Zainal Kling yang mendakwa Tanah Melayu tidak pernah dijajah menimbulkan polemik dan dikhuatiri ada kepentingan politik.

"Kenyataan tersebut dilihat sengaja untuk menimbulkan kekeliruan, mengganggu ketenteraman awam dan mendorong mana-mana pihak melakukan perkara yang melanggar undang-undang.

"Kami khuatir MPN ditekan dan digunakan pemimpin politik bertujuan mengubah fakta sejarah untuk menyokong pendirian mereka. Malangnya, kenyataan ini di:buat sebuah badan yang diletakkan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi," katanya pada sidang media di pejabat Pas, semalam.

:Sebelum ini, Zainal telah menjelaskan yang beliau katakan dalam sidang medianya 9 September bahawa Malaysia tidak pernah dijajah, bermaksud Tanah Melayu tidak pernah terjajah (kecuali Pulau Pinang, Melaka dan Singapura) walaupun kesan pentadbiran British itu adalah bentuk penjajahan.

"Mereka kelihatan melakukan penjajahan walaupun tidak sahih, walaupun hal ehwal Persekutuan Tanah Melayu terletak di bawah pentadbiran Pejabat Tanah Jajahan di Britain, tetapi kedaulatan Melayu tetap terpelihara," kata Zainal.

Bagaimanapun, jika benar apa yang didakwa MPN, kerajaan perlu nyata pendirian sebenar dan mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat kenyataan kerana situasi ini dianggap suatu penipuan kepada rakyat apatah lagi dalam mata pelajaran sejarah menyebut bahawa British ialah penjajah dan Malaysia mendapatkan kemerdekaan daripada kuasa itu pada 31 Ogos 1957.

Lebih 5,000 peluang pekerjaan di Perak

Posted: 22 Sep 2011 05:00 PM PDT

Lebih 5,000 peluang pekerjaan di Perak SHAH ALAM – Lebih 5,000 peluang pekerjaan ditawarkan dalam Karnival Kerjaya Perak Aman Jaya 2011 yang dijadualkan pada 1 dan 2 Oktober ini, di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh.

Program yang merupakan kesinambungan di beberapa negeri sebelum ini akan dirasmikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Pengerusi Sekretariat Pekerja Muda Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Hussin (gambar) berkata, menariknya program kali ini, menawarkan banyak peluang pekerjaan di Perak.

"Terdapat pelbagai cabang kerjaya yang kami sediakan mengikut kelayakan akademik pemohon.

"Selain daripada agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan juga mengambil bahagian dan penganjur menawarkan pelbagai ruang kerja kepada golongan muda," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, antara pengisian program itu adalah peluang mendapatkan panduan dan khidmat nasihat kepada yang berminat menceburi bidang perniagaan melalui pinjaman kewangan dari institusi kewangan serta geran disediakan agensi kerajaan.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved