Khamis, 29 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Kak Ani kembali menjadi suri

Posted: 28 Sep 2011 05:00 PM PDT

Kak Ani kembali menjadi suri

JOHOR BAHRU – Ratu Pop Etnik Noraniza Idris, 43 atau mesra disapa dengan gelaran Kak Ani semalam sah bergelar suri kepada bilal dari Singapura, Jefri Iman Hudi,52 dalam Program Kahwin-kahwin masyur 1Malaysia Negeri Johor di Plaza Angsana, di sini.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Naib Kadi Johor Bahru, Abu Bakar Watak tepat jam 2.45 petang yang diwalikan abang Noraniza, Mohd Arshad, 56, dengan mas kahwinnya senaskhah al-Quran.

Kedua-dua mempelai kelihatan berseri mengenakan busana berwarna putih mutiara sedondon rekaan Eilla Faizshah dari Butik Busana Cinta@Ratu Cinta.

Detik bersejarah pasangan mempelai yang diadakan secara terbuka dan besar-besaran itu turut disaksikan ahli keluarga terdekat dan sahabat handai termasuk anak bujang Noraniza, Mohd Aliff Haiqal, 22, dan Mohd Alfeeq Haiqal, 17.

Persandingan kedua mempelai akan diadakan di tempat yang sama Sabtu ini dan dijadualkan dihadiri Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan isteri baginda, Tuanku Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Majlis pernikahan kedua-dua mempelai diadakan sempena Festival Kahwin-Kahwin Masyhur 1Malaysia Negeri Johor 2011 bersama dua pasangan lain dengan Noraniza adalah penganjurnya bersama Jabatan Pelancongan Negeri Johor, Gerakan Belia 4B, Tourism Malaysia, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Johor, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, UDA Mall, Jabatan Kemajuan Orang Asli, Juwein Ezain Bridal Gallery, Pasific Arena Pte Ltd dan Adabi.

Tiga pegawai SPRM dikaitkan kes samun dikena ikat jamin polis

Posted: 28 Sep 2011 05:00 PM PDT

Tiga pegawai SPRM dikaitkan kes samun dikena ikat jamin polis

KUALA LUMPUR - Tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dikaitkan dengan kes samun di KLIA pada 15 September lalu sudah dikenakan ikat jamin polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah, berkata mereka dibebaskan sehingga 4 Oktober kerana polis memerlukan masa untuk melengkapkan kertas siasatan.

Tiga pegawai itu, yang bertugas di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, ditahan berhubung kes menyamun seorang pengurup wang rakyat asing membabitkan wang berjumlah kira-kira RM900,000.

Mereka terdiri daripada seorang Pemangku Penolong Pesuruhjaya, seorang Penolong Kanan Penguasa, dan seorang Penolong Penguasa.

SPRM, dalam satu kenyataan baru-baru ini, menyatakan tiga pegawai itu sudah dilucut daripada sebarang tugas sementara menunggu hasil siasatan polis. - Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved