Sabtu, 10 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Keadaan jerebu seluruh negara semakin pulih

Posted: 09 Sep 2011 05:00 PM PDT

Keadaan jerebu seluruh negara semakin pulih

KUALA LUMPUR - Jerebu di seluruh negara semakin pulih sehingga 5 petang ini dengan 24 kawasan merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) baik berbanding 19 kawasan pukul 11 pagi ini dan 18 kawasan pukul 7 pagi ini.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan sebanyak 27 kawasan merekodkan IPU sederhana sehingga 5 petang ini berbanding 32 kawasan pukul 11 pagi ini dan 34 kawasan pukul 7 pagi ini.

JAS juga melaporkan sehingga 5 petang ini tiada kawasan mencatatkan IPU tidak sihat, sangat tidak sihat atau berbahaya.

Lima kawasan mencatat IPU tertinggi ialah Nilai, Negeri Sembilan (78); Batu Muda, Kuala Lumpur (71); Petaling Jaya, Banting di Selangor dan Cheras, Kuala Lumpur masing-masing mencatat 70, menurut JAS dalam laman sesawangnya.- Bernama

Cukai 6% tiada kaitan dengan pilihan raya - Awang Adek

Posted: 09 Sep 2011 05:00 PM PDT

Cukai 6% tiada kaitan dengan pilihan raya - Awang Adek

BACHOK - Tuduhan sesetengah pihak kononnya cukai perkhidmatan 6 peratus yang akan dikenakan ke atas pembelian tambah nilai prabayar, pek atau kad SIM adalah untuk UMNO membiayai pilihan raya umum kelak, amat tidak bertanggungjawab.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, dakwaan itu tidak benar sama sekali dan tiada kaitan langsung dengan pilihan raya.

"Ia satu tuduhan melulu dan tidak waras," katanya di majlis sambutan Aidilfitri di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Tangok, di sini, hari ini.

Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan yakin syarikat-syarikat berkenaan akan mengambil tindakan bijak sesuai dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahukan pihak terbabit menimbang semula keputusan itu.

Katanya, jika cukai itu tidak dikenakan ka atas pengguna, syarikat-syarikat berkaitan masih mampu meraih keuntungan.

Awang Adek berkata, jika syarikat-syarikat terbabit menyahut saranan Perdana Menteri itu, mereka bukan sahaja dapat membantu kerajaan merangsang ekonomi negara tetapi juga akan disanjungi pengguna.

"Jika berlaku sebaliknya mereka seolah-olah membelakangi kerajaan," katanya. - Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved