Selasa, 27 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Enggan jadi gengster, remaja ditetak

Posted: 26 Sep 2011 05:00 PM PDT

Enggan jadi gengster, remaja ditetak BERCHAM - Seorang remaja hampir putus jari akibat ditetak sekumpulan samseng yang bertindak menyerangnya selepas berang kerana mangsa menolak pelawaan menjadi gengster bersama kumpu-lan itu.

Dalam kejadian jam 12 malam berkenaan, K Sasi Kumar, 19, sedang bekerja di kedai barangan lusuh milik bapa saudaranya, C Ramachandran, 43, ketika didatangi anggota samseng terbabit.

"Seperti biasa, saya melakukan kerja harian dan tiba-tiba kumpulan samseng yang menaiki kereta Perodua Viva itu menyerang pakcik saya yang bersiap-siap untuk menutup kedai.

"Pakcik saya ditumbuk di muka kemudian mereka yang bersenjatakan parang terus menyerang saya," katanya ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), semalam.

Menurutnya, dia berasa begitu ngeri apabila teringat arahan 'potong dia! potong dia' yang disebut oleh seorang anggota samseng wanita ketika itu dan kata-kata tersebut masih masih terngiang-ngiang di telinganya sehingga sekarang.

Sasi Kumar berkata, sebelum ini kumpulan itu pernah mempelawanya untuk menyertai kumpulan mereka beberapa kali tetapi dia menolak kerana sedar kegiatan itu tidak memberi faedah kepada masa depannya.

"Malangnya, saya diperlakukan sebegini kerana ingkar permintaan kumpu-lan terbabit," katanya yang hampir kehilangan tiga jari kanan akibat ditetak sepasang suami isteri serta rakan mereka, dipercayai anggota kumpulan samseng di Kawasan Perindustrian Pinggir Bercham di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Superintendan Azisman Alias ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya akan menyiasat motif sebenar kejadian dan menjejaki suspek yang terbabit dalam kes berkenaan.

Menang 12 kes di mahkamah

Posted: 26 Sep 2011 05:00 PM PDT

Menang 12 kes di mahkamah ALOR SETAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah berjaya memenangi 12 daripada 19 kes rasuah yang dibawa ke mahkamah.

Pengarah SPRM Kedah, Mohamad Yusoff Akobe berkata, pihak pendakwa raya berjaya memenangi enam daripada kes berkenaan, manakala enam lagi kes melibatkan pengakuan bersalah individu.

"Kesemua 19 kes dihadapkan ke mahkamah ini melibatkan kes semasa dan kes sebelumnya.

"SPRM kalah tujuh kes, yang mana mahkamah memutuskan untuk melepas dan membebaskan individu terbabit dalam enam kes tanpa dipanggil membela diri, manakala keputusan satu lagi kes dilepas dan dibebaskan selepas membela diri," katanya kepada media pada program Gerak Mesra Hari Raya Aidilfitri SPRM Kedah, semalam.

Menurutnya, seramai 10 individu dihadapkan ke mahkamah pada tahun ini melibatkan 14 pertuduhan rasuah.

"Terdapat satu kes menerima rasuah disiasat mengikut Seksyen 16A, satu kes mengikut Seksyen 17(a) iaitu kesalahan penjawat awam menerima rasuah dan lapan kes mengikut Seksyen 17 (b) iaitu memberi rasuah kepada penjawat awam.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved