Jumaat, 9 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


MAS suara kekecewaan terhadap kenyataan kesatuan

Posted: 08 Sep 2011 05:00 PM PDT

MAS suara kekecewaan terhadap kenyataan kesatuan

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines (MAS) menyuarakan kekecewaan terhadap pelbagai laporan berita mengenai ancaman tindakan industri oleh tiga kesatuan dalam MAS.

Menurut MAS, Kesatuan Pekerja-pekerja MAS Semenanjung Malaysia (MASEU), Kesatuan Pekerja Penerbangan Sarawak (AWUS) dan Kesatuan Sekerja Penerbangan Sabah (ATWUS), turut dibabitkan dalam pelbagai urusan berkaitan Kerangka Kerja Usaha Sama Komprehensif (CCF).

"MAS mahu menjelaskan bahawa CCF bukannya membabitkan pertikaian perdagangan dan menganggap CCF sebagai urusan pengurusan, lembaga pengarah dan pemegang saham yang dilakukan dengan mengambil kira kepentingan terbaik syarikat itu.

"Bagaimanapun MAS sentiasa meletakkan kepentingan pekerja sebagai keutamaan dalam semua keputusan perniagaan," kata syarikat penerbangan negara itu dalam satu kenyataan.

Menurut MAS, ia sudah akan terus membabitkan kesatuan.

"Pengurusan kini bekerja keras untuk menyelesaikan butiran penggabungan dan akan mengumumkannya secara rasmi, tertakluk kepada kelulusan pengawal aturan, pada masa yang sesuai," menurut kenyataan itu.

Semalam tiga kesatuan itu yang dianggotai 15,000 kakitangan mengumumkan anggotanya akan berpiket berikutan pertukaran saham syarikat penerbangan kebangsaan itu dengan AirAsia.

Presiden Maseu, Alias Aziz, dilaporkan berkata mereka berpendapat bahawa janji niaga itu tidak akan memberikan manfaat kepada MAS dan percaya pengurusan baru syarikat penerbangan itu merancang mewujudkan satu jenama baru dalam syarikat penerbangan sebagai sebahagian daripada langkah menghapuskan kesatuan. - Bernama

Pemandu nyaris maut kontena terbakar ,

Posted: 08 Sep 2011 05:00 PM PDT

Pemandu nyaris maut kontena terbakar

SUNGAI PETANI - Seorang pemandu kontena terlepas daripada maut selepas diberitahu tayar lori yang dipandunya terbakar di Kilometer 89.7 di Lebuhraya Utara-Selatan dekat sini, hari ini.

Mohamad Fauzi Marzuki, 29, bernasib baik kerana tayar kiri belakang lori kontena itu yang mengandungi muatan kayu seberat 25 tan tidak meletup semasa terbakar.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seorang pemandu wanita kerana memotong di KM80 untuk memberitahu mengenai kebakaran itu kira-kira 11 pagi," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Mohamad Fauzi dari Changlun, Kedah, memberitahu beliau terus berhenti di tepi lebuh raya untuk memeriksa lorinya.

"Sebaik berhenti saya melihat api sedang marak dan tiba-tiba tayar tersebut meletup. Saya kemudian memisahkan kepala lori daripada kontena," katanya.

Menurutnya beliau dalam perjalanan dari Bukit Kayu Hitam ke Pelabuhan Pulau Pinang untuk menghantar kayu terbabit.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani, Khairil Syamsul Mohd Yusof berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 11.01 pagi dan tiba di tempat kejadian dalam masa 19 minit.

Katanya, tiga buah jentera, dua dari Sungai Petani dan sebuah dari Guar Chempedak dengan anggota berjumlah 14 orang dikejarkan ke tempat kejadian dan mendapati kira-kira 30 peratus daripada kontena itu sedang terbakar.

"Anggota Bomba mengambil masa hanya beberapa minit untuk memadam api," kata Khairil Syamsul dan menambah punca kejadian masih disiasat. - Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved