Jumaat, 16 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Enakmen baru untuk kawasan rukun tetangga tak lama lagi

Posted: 15 Sep 2011 05:00 PM PDT

Enakmen baru untuk kawasan rukun tetangga tak lama lagi

KUALA LUMPUR – Enakmen baru bagi kawasan rukun tetangga (KRT) akan dibentang di Parlimen tidak lama bagi menggantikan enakmen sedia ada yang dibentangkan pada tahun 1975 di bawah Ordinan Darurat 1969.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata, undang-undang baru itu juga akan meliputi Skim Rondaan Sukarela di bawah KRT.

"Kabinet bersetuju secara prinsipnya terhadap cadangan undang-undang baru ini, bagi mengukuhkan KRT dan SRS," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi mengumumkan bahawa kerajaan akan membawa usul kepada Parlimen supaya tiga proklamasi darurat, termasuk Ordinan Darurat 1969, yang diisytihar dahulu dan dianggap masih berkuat kuasa sehingga kini, ditamatkan.

Tsu Koon berkata, beliau sudah mengatur perbincangan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung perkara itu. – Bernama

Pas berharap peruntukan akta baru tidak serupa ISA

Posted: 15 Sep 2011 05:00 PM PDT

Pas berharap peruntukan akta baru tidak serupa ISA

KOTA KINABALU – Pas menyambut baik keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tetapi pada masa yang sama berharap peruntukan dalam akta baru bagi menggantikannya tidak menyerupai ISA.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, parti perlu melihat dahulu peruntukan dalam akta baru itu.

"Kita tidak mahu pengumuman penghapusan ISA ini sebagai gimik pilihan raya tetapi ia benar-benar diusahakan kerana ia adalah tuntutan sebahagian besar rakyat di negara ini," katanya, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Perutusan Khas Hari Malaysia malam tadi mengumumkan ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara. – Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved