Jumaat, 30 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Gubal undang-undang jual beli cuka getah

Posted: 29 Sep 2011 05:00 PM PDT

Gubal undang-undang jual beli cuka getah

KUALA LUMPUR – Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO menggesa kerajaan, menggubal undang-undang berkaitan pembelian dan penjualan cuka getah secepat mungkin, bagi menggelakkan bahan itu disalah guna untuk kegiatan jenayah.

Pengerusinya, Datuk Muhd Khairun Aseh berkata, dengan adanya undang-undang tersebut, pembelian atau penjualan bahan itu dapat direkod dan didaftarkan.

"Gubal secepat mungkin undang-undang supaya transaksi melibatkan bahan merbahaya dapat direkodkan.

:"Selagi bahan ini mudah diperolehi maka masyarakat kita terdedah kepada bahaya dan jenayah ini sukar diben�dung," katanya selepas menyerahkan sumbangan RM5,000 kepada mangsa simbahan asid, Mohd Raffie Abdul Latiff, 28 di Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam.

:Mohd Raffie disimbah asid oleh seorang lelaki tidak dikenali, ketika berada dalam keretanya, berdekatan Wisma Bumi Raya, Jalan Raja Laut pada 8 Ogos lalu.

:Menurutnya, kes simbah asid membimbangkan kerana berdasarkan kajian terdapat 10 kes dilaporkan dari Mei hingga September tahun ini.

:Muhd Khairun berkata, pihaknya membuat pemantauan berhubung pembelian cuka getah di kedai sekitar ibu kota dan ternyata kecewa kerana bahan itu mudah didapati.

:Sementara itu, mangsa ditemui di hospital, kelihatan ceria berbanding sebelum ini.

Syarikat balak tuntut RM70j

Posted: 29 Sep 2011 05:00 PM PDT

Syarikat balak tuntut RM70j

KUANTAN- Sikap membisu Kerajaan Negeri terhadap tuntutan berhubung perintah kehakiman berjumlah lebih RM63 juta yang diputuskan Mahkamah Tinggi Kuantan pada April 2009, sebuah syarikat pembalakan, Seruan Gemilang Makmur Sdn Berhad mendesak defendan kedua, Jabatan Perhutanan Negeri Paha:ng bertanggungjawab melunaskan bayaran tersebut.

Surat tuntutan itu diserahkan Pengurus Syarikat terbabit, Lee Sin, 59 kepada Pengarah Perhutanan Negeri, Datuk Mohd Paiz Kamaruzzaman di pejabat agensi itu di Kompleks Tun Razak, Bandar Indera Mahkota di sini, semalam.

Bagaimanapun surat tersebut diterima wakil pengarah, Ibrahim Ali memandangkan Mohd Paiz tiada di pejabatnya.

Mengulas tindakan itu, Lee Sin berkata, pihaknya tidak akan berdiam diri sebaliknya beberapa tindakan akan diambil bagi mendesak semua defendan menjelaskan bayaran tersebut yang tertangguh hampir lima tahun.

Menurutnya, sebelum ini pihaknya membuat tuntutan kepada Kerajaan Negeri selaku defendan pertama supaya menjelaskan bayaran seperti yang diperintahkan mahkamah sebelum ini.

"Pihak berkenaan tidak memberi maklum balas sedangkan segala peluang untuk membuat rayuan berhubung perkara itu di mahkamah sudah habis.

"Sikap mereka yang terus membisu tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya jumlah faedah terus meningkat," katanya.

Beliau berkata, bayaran itu bagaimanapun tidak termasuk kos faedah lapan peratus setahun yang terpaksa dibayar defendan.

Menurutnya, daripada RM37.1 juta, jumlah bayaran itu kini meningkat kepada lebih RM70 juta.

"Sekiranya Jabatan Perhutanan Negeri Pahang juga tidak memberi sebarang maklum balas, kami akan memberi tekanan kepada semua defendan dengan datang ke pejabat mereka setiap minggu bagi menuntut bayaran tersebut.

"Bagaimanapun kita akan membuat laporan polis terlebih dahulu sebelum datang ke pejabat mereka bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini," katanya.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved