Rabu, 14 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Kuota haji ditambah

Posted: 13 Sep 2011 05:00 PM PDT

Kuota haji ditambah KUALA LUMPUR - Malaysia memperolehi tambahan kuota jemaah sebanyak 2,000 daripada kerajaan Arab Saudi untuk membolehkan 28,000 jemaah negara ini, menunaikan haji di tanah suci tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pertambahan kuota itu diberi berikutan, populasi penduduk Malaysia yang kini mencapai 28 juta orang.

"Saya sudah bermesyuarat dengan pihak pengurusan haji (Arab Saudi) dan memberitahu mereka tentang pertambahan rakyat Malaysia. Mereka bersetuju untuk menambah bilangan kuota ini, selaras dengan jumlah rakyat kita," katanya selepas menghadiri sambutan Aidilfitri, agensi-agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri di sini, semalam.

Beliau juga memberitahu, kerajaan Arab Saudi menyediakan kawasan penempatan jemaah haji yang lebih luas, selain membina lebih banyak hotel empat dan lima bintang berdekatan Masjidil Haram untuk menampung bilangan jemaah yang semakin bertambah, bagi memberi keselesaan kepada mereka untuk menunaikan rukun kelima itu.

"Sebelum ini jemaah kita ditempatkan di kawasan berjauhan (dari Masjidil Haram) dan menyukarkan mereka, tetapi kali ini dengan adanya penempatan baru, ia akan memudahkan jemaah kita," katanya.

Jamil Khir berkata, Lembaga Tabung Haji (LTH) juga membuat persiapan rapi untuk melancarkan pengurusan jemaah, termasuk menyediakan 800 orang petugas di Malaysia dan Arab Saudi.

Beliau juga meminta jemaah terutamanya warga emas supaya mengikut arahan pegawai LTH, dalam menjaga kesihatan dan keselamatan diri masing-masing semasa menunaikan ibadah itu.

Jamil Khir juga mengumumkan, bahawa Kongres Majlis Agama Islam Malaysia, yang julung kali diadakan, akan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kongres itu akan diadakan pada 26 hingga 27 September di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). - Bernama

Mat Sabu akui tekanan terhadapnya kerana PRU-13

Posted: 13 Sep 2011 05:00 PM PDT

Mat Sabu akui tekanan terhadapnya kerana PRU-13 KOTA BHARU – Kecaman demi kecaman dilalui Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu selepas mencetuskan kontroversi isu Bukit Kepong diakui dilakukan bagi menutup kepincangan kepimpinan negara, berikutan tarikh Pilihan Raya Umum 13 semakin hampir.

Perkara itu diakui beliau apabila pelbagai tohmahan, kecaman dan ugutan diterima sehingga membahayakan dirinya dan keluarga berikutan kenyataannya mempertikaikan fakta sejarah negara.

"Ya memang ia tekanan apabila PRU-13 semakin hampir. kerajaan hendak lari daripada masalah penipuan dalam PRU khasnya, tuntutan Bersih dan daftar pemilih.

"Isu ini dibangkitkan untuk menutup kepincangan negara," katanya selesai Forum Rakyat bertajuk "Kajian Semula Sejarah Perjuangan Kemerdekaan Negara" di dataran Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini, kelmarin.

Beliau muncul sebagai panel, yang menjadi medan, menjawab pelbagai persoalan timbul hasil cetusan ideanya, supaya sejarah negara dikaji semula bersama ahli akademik dan pakar sejarah.

Majlis itu dirasmikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat manakala bekas Ketua Pemuda Umno Ketereh, Mohd Soberi Shafii dipilih sebagai moderator menggantikan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah.

Sementara itu, ketika menjawab soalan peserta forum, bagaimana timbul idea membangkitkan fakta baru sejarah pejuang kemerdekaan negara sehingga mencetuskan kontroversi, beliau berkata, jangan takut untuk membaca pelbagai jenis buku kerana melaluinya banyak pengetahuan baru diperolehi.

"Saya baca banyak buku. Tulisan Salman Rushdie, Tun Mahathir Mohamed, Chin Peng, Lim Kwan Yew dan Shamsiah Fakeh. Kutip maklumat dan pertimbangkan dengan akal yang waras. Melaluinya kita dapati kadang-kadang seseorang itu betul-betul komunis atau ia sekadar tuduhan.

"Melalui pembacaan ini juga persoalan timbul sama ada mereka ini betul komunis atau dituduh komunis atau menganuti komunis untuk menuntut kemerdekaan. Ini ahli sejarah perlu kaji," katanya.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved