Jumaat, 30 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Lelaki dipercayai terbabit 25 kes samun dan ragut ditahan

Posted: 29 Sep 2011 05:00 PM PDT

Lelaki dipercayai terbabit 25 kes samun dan ragut ditahan

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam 25 kejadian samun dan ragut di sekitar Ampang termasuk kes ragut membabitkan seorang pelakon wanita era 80-an awal bulan ini, ditahan dalam satu operasi cegah jenayah, Rabu lepas.

Polis turut menemui sebilah parang pada badan lelaki itu dan hasil pemeriksaan juga mendapati motosikal yang digunakan lelaki itu menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Lelaki berusia 26 tahun itu ditahan ketika dia menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan bersama rakannya, kata Ketua Polis Daerah Ampang ACP Amiruddin Jamaluddin.

"Suspek dan rakannya (lelaki) itu cuba melarikan diri...tapi dia terjatuh (dari motosikal) dan berjaya ditahan, manakala rakannya sempat meloloskan diri," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata hasil soal siasat, lelaki terbabit mengaku dia dan rakan-rakannya terlibat dalam hampir 25 kes samun dan ragut di sekitar Ampang termasuk dua kes terbaru iaitu pada 13 dan 26 Sept yang membabitkan seorang pelakon dan peniaga dengan nilai kerugian hampir RM50,000.

Amiruddin berkata dalam kejadian 13 Sept lepas, seorang pelakon wanita, Maria Arshad yang juga ibu kepada pelakon Ijoy Azahari, diragut di perkarangan rumah anaknya di Taman Melawati ketika pelakon itu baru keluar dari kereta pada pukul 3.50 petang.

Kejadian pada 26 Sept pula membabitkan seorang peniaga berumur 35 tahun ketika peniaga berkenaan dan suami berkunjung ke rumah rakannya di Lembah Keramat, katanya.

Beliau berkata rumah rakan mangsa telah didatangi sekumpulan lelaki yang memakai topi keledar bertutup muka dan kesemua mangsa diugut dengan parang agar menyerahkan barangan berharga masing-masing kepada suspek.

Lelaki yang turut mempunyai tiga rekod jenayah membabitkan jenayah kekerasan dan dadah itu kini direman sehingga 3 Okt dan polis kini giat menjejaki rakan-rakan lelaki itu yang dipercayai lebih dari tiga individu berumur dalam lingkungan 20 dan 30-an, katanya. - Bernama

Tiga polis palsu kecundang selepas aktif menyamun

Posted: 29 Sep 2011 05:00 PM PDT

Tiga polis palsu kecundang selepas aktif menyamun

TAMPIN - Aktiviti tiga polis palsu yang mengganas di sekitar negeri ini dan Kedah akhirnya tumpas selepas mereka ditahan melalui satu operasi khas yang melibatkan anggota dan pegawai dari polis Tampin dan Putrajaya, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Wooi Kooi Chang berkata polis palsu itu terdiri daripada tiga lelaki termasuk dua adik-beradik yang berusia di antara 31 hingga 45 tahun.

"Mereka telah terbabit dalam jenayah samun di sekitar Port Dickson, Grik dan Alor Setar. Kesemua mereka ditahan dalam sebuah rumah di Putrajaya," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin hari ini.

Katanya serbuan itu dibuat berdasarkan laporan polis oleh seorang mangsa samun yang menginap di sebuah hotel murah di pekan ini pada minggu lepas di mana beliau didatangi oleh seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai anggota polis.

Lelaki tersebut turut menunjukkan gari dan memakai topi yang mempunyai logo polis sebelum menyamun mangsa, katanya lagi.

Berdasarkan laporan mangsa, polis Tampin telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat kes ini dan membuat lakaran fotofit penjenayah terbabit, katanya.

"Kita kemudian berjaya mengesan suspek dan rakannya yang terbabit dalam tujuh kes yang serupa dan melakukan tangkapan di Putrajaya. Aktiviti penjenayah ini mencapai kemuncaknya pada Ogos dan September," katanya.

Kesemua saspek yang ditahan mempunyai rekod jenayah dan dadah, polis juga menjumpai 65 telefon bimbit, kamera digital, walkie talkie, lima komputer riba dan wang tunai yang dipercayai milik mangsa-mangsa samun.

Ketiga-tiga lelaki yang tidak bekerja itu ditahan reman di bawah Seksyen 396 Kanun Keseksaan untuk siasatan lanjut. - Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved