Khamis, 29 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


PR sedia kerjasama dengan Pusat

Posted: 28 Sep 2011 05:00 PM PDT

PR sedia kerjasama dengan Pusat

KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) sedia berkerjasama dengan kerajaan bagi menambahbaik akta baru yang akan digubal bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960, demi kesejahteraan rakyat dan amalan demokrasi yang lebih tersusun.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali (gambar) berkata, kerjasama ini harus diberikan, kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil masa empat tahun untuk menggantikan ISA.

"Apa yang PR lakukan adalah untuk rakyat kerana kerajaan mengambil masa lama untuk memansuhkan ISA dan menggantikan dengan akta yang baru.

"Empat tahun terlalu lama, kini PR hulurkan bantuan untuk capai keputusan memuaskan, bagi Malaysia dan rakyat kerana demokrasi adalah hak rakyat dan bukan parti pemerintah," katanya.

Azmin berkata demikian dalam wacana bertajuk Politik Malaysia Pasca ISA dan ahli panelnya terdiri daripada Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa; Pensyarah Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Abdul Aziz Bari dan penganalisis politik Dr Wong Chin Huat.

Terdahulu, Perdana Menteri dalam Perutusan Khas Hari Malaysia, mengumumkan ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Undang-undang baru itu akan digubal di bawah 'semangat serta payung' Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Selain itu, beliau turut mengumumkan pemansuhan Akta Buang Negeri 1959, selain mengkaji semula, Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan seksyen 27 Akta Polis 1967.

Azmin berkata, pihaknya menunggu jawapan daripada kerajaan berhubung tawaran kerjasama tersebut.

Setuju sejarah ditafsir semula

Posted: 28 Sep 2011 05:00 PM PDT

Setuju sejarah ditafsir semula

SHAH ALAM -Tokoh sejarah, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim akui sejarah wajar ditafsir semula, agar golongan muda khususnya lebih memahami sejarah tentang masyarakat dan negara.

Kay Kim berkata, buku sejarah yang diajar di sekolah ketika ini, konsepnya lebih tertumpu kepada politik dan tidak meliputi secara menyeluruh.

"Beberapa perkara tidak dibincangkan di dalam sejarah yang diajar di sekolah terutama berkaitan dengan perkembangan teknologi negara, kejayaan tokoh atau individu yang mengharumkan nama negara seperti rakyat tempatan pertama menjadi pensyarah di Universiti Oxford, London yang tidak diketahui umum," katanya.

Beliau berkata, sejarah ibarat ibu kepada semua disiplin subjek sebagai contoh sains, fizik dan biologi juga mempunyai sejarah masing-masing.

"Sejarah wajar ditafsir semula, namun ia terpulang pada pakar sejarah untuk melakukan penyelidikan berdasarkan dokumen sejarah dan bahan lisan juga boleh dijadikan sebagai rujukan," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kesimpulan Wacana Sinar Harian Siri 7 yang bertajuk 'Merdeka: Wajarkah Sejarah Ditulis Semula?

Wacana berkenaan, membariskan empat panel iaitu Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi; Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail; Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr Mohamad Abu Bakar dan Pakar Sejarah Majlis Profesor Negara, Profesor Datuk Dr Ramlah Adam bersetuju sejarah ditafsir semula.

Wacana itu dikendalikan Sayed Munawar Syed Mustar, pengacara terkenal Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved