Khamis, 15 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


75 keracunan penangan sambal

Posted: 14 Sep 2011 05:00 PM PDT

75 keracunan penangan sambal KUALA NERANG - Seramai 75 pelajar Kolej Mara Kuala Nerang, di sini mengalami keracunan makanan selepas dipercayai menikmati hidangan sambal ikan yang disediakan kontraktor dewan makan kolej itu bagi makan tengah hari, Jumaat lalu.

Pemangku Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Dr Hayati Mohd Radzhi berkata, daripada jumlah itu, 35 daripadanya terpaksa ditahan di wad Hospital Kuala Nerang, di sini, sejak Sabtu lalu, bagi menjalani rawatan lanjut berikutan kesihatan mereka amat lemah dan tidak bermaya.

Menurutnya, seramai 20 pelajar lelaki dan 15 pelajar perempuan yang ditahan diberikan rawatan simtomatik iaitu diberikan perubatan bersesuaian dengan simptom yang dialami seperti demam dan kekurangan air.

"Daripada 35 pelajar yang ditahan di wad, 32 daripadanya sudah dibenarkan pulang ke kolej petang semalam setelah kesihatan semakin pulih, manakala tiga lagi pelajar masih ditahan kerana mengalami simptom demam.

"Pihak jabatan mengesyaki punca keracunan makanan sehingga menyebabkan kesemua mangsa mengalami cirit-birit, muntah, demam dan kekurangan air ialah sambal ikan berdasarkan hasil pemeriksaan sampel najis pelajar dan pekerja kontraktor pengendali dewan makan," katanya kepada :Sinar Harian: semalam.

Dr Hayati berkata, susulan itu, pihaknya mengarahkan dewan makan kolej itu ditutup dua hari bagi membolehkan kerja pembersihan dan pemantauan status bakteria dapat dilaksanakan.

Menurutnya, pemantauan berterusan terhadap keadaan kebersihan dan cara penyediaan makanan oleh kontraktor yang mengendalikan dewan makan itu akan dilaksanakan dari semasa ke semasa.

"Pihak kami sudah memaklumkan kepada pengurusan kolej (berhubung punca keracunan makanan) dan terserah kepada mereka untuk meneruskan tender kontraktor terbabit atau sebaliknya.

"Pemantauan yang lebih kerap akan dilakukan di bahagian dapur dan jabatan juga akan memastikan semua pekerja kontraktor terbabit akan menerima suntikan vaksin sebagai langkah pencegahan kuman merebak," katanya.

Dr Hayati turut mendedahkan kes keracunan makanan dilaporkan berlaku di kolej itu kali kedua dalam setahun apabila kejadian sama berlaku terhadap beberapa pelajar pada awal tahun ini.

"Bagaimanapun, kes itu tidak melibatkan pengendali dewan makan kolej kerana siasatan mendapati keracunan makanan berpunca daripada makanan luar," katanya.

Sementara itu, usaha :Sinar Harian: untuk mendapatkan komen daripada pengurusan kolej tidak berjaya apabila panggilan telefon tidak berjawab.

MCA akan kemuka cadangan rampas Selangor: Donald Lim

Posted: 14 Sep 2011 05:00 PM PDT

MCA akan kemuka cadangan rampas Selangor: Donald Lim PUTRAJAYA - MCA Selangor akan mengemukakan beberapa cadangan kepada Barisan Nasional (BN) negeri dan kebangsaan bagi merampas kembali Selangor dari Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang, kata ketuanya Senator Datuk Ir Donald Lim Siang Chai semalam.

Lim, yang juga Timbalan Menteri Kewangan mengakui MCA mungkin menghadapi tugas berat terutama di Lembah Klang pada pilihan raya umum akan datang.

"Bagaimanapun, meletakkan calon yang tepat akan meningkatakan peluang BN untuk menang.

"MCA telah membincangkannya dan sasaran kami ialah untuk merampas kembali Selangor untuk BN," katanya kepada pemberita selepas menghadiri 'Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang' Jabatan Akauntan Negara Malaysia di sini, semalam.

Pada masa ini, pembangkang menguasai 35 daripada 56 kerusi dewan negeri. - Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved