Rabu, 7 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


AS jangka pasaran Asean kian penting

Posted: 06 Sep 2011 05:00 PM PDT

AS jangka pasaran Asean kian penting

Syarikat Amerika menjangkakan pasaran Asean akan menjadi kian penting untuk perniagaan masing-masing, demikian menurut hasil Kaji Selidik Tinjauan Perniagaan Asean 2011.

Sebahagian besar syarikat atau kira-kira 73 peratus responden kaji selidik berkata, mereka mengharapkan kepentingan Asean kepada perniagaan masing-masing akan meningkat dalam tempoh dua tahun ini, dengan 85 peratus daripada perancangan mereka ialah untuk mengembangkan perniagaan mereka di Asean.

Menurutnya, tiada syarikat yang merancang membuat sebarang pemotongan atau pengurangan.

Kaji selidik turut mendedahkan Perjanjian Perdagangan Bebas Asean penting untuk perniagaan AS, dengan 80 peratus responden menyatakan syarikat mereka mengguna kelebihan tarif FTA Asean selesai dengan rakan dagangannya.

"FTA Asean-China juga mendapat penarafan tinggi dengan 49 peratus syarikat menggunakan manfaat itu," dedah kaji selidik itu.

Kaji selidik Tinjauan Perniagaan Asean, yang kini dalam tahun ke-10, mahu mendapatkan tinjauan ke atas pertumbuhan perniagaan dan persepsi melakukan perniagaan di Asean.
Ia menemu ramah 327 eksekutif kanan dari syarikat AS di Malaysia, Kemboja, Indonesia, Singapura, Filipina, Thailand dan Vietnam.

Kaji selidik itu dikendalikan Dewan Perdagangan Amerika di Singapura (AmCham Singapura) de-ngan kerjasama syarikat lain berkaitan persatuan dan dewan.

Sementara itu, mengenai Malaysia, kaji selidik itu berkata, Malaysia lebih baik dari segi bilangan faktor perniagaan tempatan seperti ketersediaan bahan mentah dan kos buruh rendah.

Naib Presiden AmCham Malaysia, Datuk Tim Garland berkata, unjuran perniagaan positif dan pengembangan syarikat di Malaysia bukti hebat kepada pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

"AmCham Malaysia teruja menjadi sebahagian daripada pengembangan korporat Malaysia di Asean," katanya. -Bernama

Celcom tawar Celcom Biz pada profesional media

Posted: 06 Sep 2011 05:00 PM PDT

Celcom tawar Celcom Biz pada profesional media

Celcom Axiata Bhd memperkenalkan Celcom Biz untuk pelan Media, yang disasarkan secara eksklusif pada profesional media dalam negara.

Dalam satu kenyataan, penyedia perkhidmatan telekomunikasi itu berkata, pelan berkenaan akan memudahkan keperluan media seperti 24 jam akses kepada penyambungan Internet dan maklumat yang membolehkan mereka mendapat berita untuk disiarkan di laman web pelan boleh didapati kini.

"Dengan pakej smartphone, Blackberry dan jalur lebar Celcom yang banyak, ia akan menjadi perkakasan tepat bagi petugas media untuk bekerja dari mana sahaja mereka berada melalui rangkaian data Celcom yang luas," kata Ketua Pegawai Pemasaran, Zalman Aefendy Zainal Abidin.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved