Rabu, 7 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Nyaris maut terminum racun

Posted: 06 Sep 2011 05:00 PM PDT

Nyaris maut terminum racun

KOTA BHARU - Seorang wanita dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini selepas terminum racun semut disangka sirap dibancuh suaminya di rumah mereka di Kampung Rambutan Rendang di sini, semalam.

Norhafiza Badli Afendi, 27, mengalami kekejangan dan mulut berbuih selepas terminum racun itu dalam kejadian pada 11 pagi.

Suaminya, Mohd Din Yusof, 27, berkata, sebelum itu beliau membancuh racun semut itu yang berwarna hijau dan memasukkannya dalam gelas dan diletakkan di atas meja makan.

"Saya keluar bagi mengambil pam penyembur racun dan tidak sangka isteri saya yang menyangka ia sejenis sirap pandan telah meminumnya ketika saya keluar sebentar.

"Isteri saya sukar bercakap dan terketar-ketar selepas meminumnya. Keadaan dia sekarang sukar untuk bercakap dan darah mengalir dari mulut dia," kata Mohd Din ketika ditemui di wad kecemasan hospital itu.

Pasangan itu mempunyai empat anak, dua daripadanya sudah bersekolah.

Mohd Din berkata bahawa sebelum ini racun itu tidak dibancuh menggunakan air dan dia hanya menabur serbuk racun dibeli di pasar malam itu di seluruh kawasan rumah.

"Tapi kali ini saya rasa nak guna air dan menyembur pula sebab sebelum ini nampak tidak berkesan," katanya kepada Sinar Harian.

Remaja Orang Asli bebas tuduhan

Posted: 06 Sep 2011 05:00 PM PDT

Remaja Orang Asli bebas tuduhan

MARAN - Mahkamah Majistret di sini membebaskan seorang remaja Orang Asli berusia 15 tahun dengan bon jaminan berkelakuan baik terhadap dua pertuduhan, membunuh tanpa niat dan memiliki senjata api buatan sendiri.

Majistret Noor Zaihan Mohamad Ali membuat keputusan itu mengikut Seksyen 91(1) Akta Kanak-Kanak tanpa cagaran selama dua tahun untuk kedua-dua pertuduhan berkenaan di dalam kamarnya.

Bagi pertuduhan pertama, remaja itu mengaku bersalah tertembak adik perempuannya berusia 10 tahun apabila senjata api sedang dibersihkannya selepas memburu babi tiba-tiba meletup sendiri.

Kejadian itu berlaku di rumah tidak bernombor di Kampung Bagas, Kuala Sentul di sini pada 26 Julai lepas antara 7 malam dan 8.15 malam.

Remaja itu didakwa mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara atau denda atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan kedua, remaja itu dituduh memiliki dua laras senapang buatan sendiri pada tarikh dan tempat yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata (Akta 206) yang membawa hukuman penjara setahun, denda RM5,000 atau kedua-duanya.

Ketika dihadapkan ke mahkamah pada 8 Ogos lepas, remaja itu mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Norazlin Mohamad Yusoff berkata, pihaknya akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu kerana hukuman diterima remaja itu dilihat tidak setimpal dengan kesalahan dilakukannya.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved