Rabu, 21 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Pekerja, penuntut A-Level ditahan

Posted: 20 Sep 2011 05:00 PM PDT

Pekerja, penuntut A-Level ditahan KLANG – Polis menyerbu stor simpanan yang berselindung di sebalik premis jual besi buruk dan merampas pelbagai kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia (TM) dianggarkan bernilai lebih RM1 juta.

Dalam serbuan di Jalan Sungai Jati, kira-kira jam 10.30 pagi semalam, polis menahan dua pekerja lelaki termasuk seorang anak pemilik premis, masing-masing berusia 44 dan 19 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Klang Selatan, Deputi Superintendan Nik Ros Azahan Nik Ab Hamid berkata, pihaknya melakukan intipan, sebelum menyerbu premis itu, bersama lapan anggota daripada TNB dan TM.

Beliau berkata, ketika diserbu terdapat dua pekerja dan anak pemilik premis yang juga penuntut A-Level di dari sebuah kolej di Kuala Lumpur, sedang sibuk memunggah barangan lusuh daripada lori untuk disimpan dalam stor khas di belakang premis.

Menurutnya, dua pekerja terbabit ditahan dan pemeriksaan lanjut menemui banyak kabel TNB dan TM, besi perencah dan antena dan tong gas.

"Premis jual besi buruk itu beroperasi sejak lapan tahun lalu, tanpa lesen sah. Namun kegiatan beli barangan lusuh yang dicuri, disyaki dilakukan sejak beberapa bulan lalu," katanya ketika ditemui semalam.

Nik Ros Azahan berkata, dua pekerja terbabit, ditahan bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan Seksyen 6, Akta Barang Lusuh 1946, "katanya.

Sementara itu, anak kepada pemilik premis berkata, dia tidak mengetahui barangan di stor milik ayah itu adalah barangan curi.

"Saya cuma tolong ayah sebab pekerja tak ramai. Saya tidak tahu barang curi atau tak. Selama ini, barangan itu, semua ayah uruskan," katanya.

Ibu didakwa subahat

Posted: 20 Sep 2011 05:00 PM PDT

Ibu didakwa subahat

SHAH ALAM - Seorang penyelia syarikat teksi, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas dua tuduhan bersubahat dengan teman lelaki, membiarkan anaknya berumur 13 tahun, dirogol, tiga tahun lalu.

Ibu beranak empat itu, bagaimanapun tidak mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan di hadapan Hakim Latifah Mohd Tahar.

Wanita berusia 29 tahun itu, dituduh bersubahat dengan Ma Kasim Sirat, 43, yang bekerja sebagai petani, merogol anaknya, pada jam 12 tengah malam, pertengahan Disember 2009 dan 30 Januari 2010 di Bukit Sentosa, Hulu Selangor,

Timbalan Pendakwa Raya, Nur A'minahtul Mardiah Md Nor, tidak menawarkan ikat jamin terhadap wanita berkenaan kerana kesalahan dilakukan adalah serius, tambahan pula mangsa adalah anak kandungnya.

"Saya bimbang keselamatan mangsa terjejas, sekiranya tertuduh dikenakan ikat jamin,"katanya.

Dalam prosiding itu, tertuduh memohon ikat jamin kerana perlu menyara dua anak kecilnya.

Bagaimanapun, kekasihnya, Ma Kasim mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan merogol remaja bawah umur.

Mahkamah menetapkan 21 Oktober depan sebagai sebutan semula kes bagi membolehkan mereka melantik peguam.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved