Selasa, 20 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Dokumen tidak boleh dilelong

Posted: 19 Sep 2011 05:00 PM PDT

Dokumen tidak boleh dilelong KUALA LUMPUR - Teks ucapan Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman yang dimiliki Abdol Rahman Madlan, 29, dari Melaka dilaporkan Sinar Harian semalam adalah dokumen salinan.

Timbalan Ketua Pengarah Penyelidikan dan Pengembangan, Arkib Negara Malaysia (Arkib), Daresah Ismail berkata, pihaknya melakukan salinan untuk dihadiahkan kepada orang kenamaan, kedutaan di luar negara dan pelajar sekolah.

Menurutnya, salinan asal berbahasa Inggeris dan bertulisan jawi disimpan Arkib, manakala tulisan rumi ditempatkan di Jabatan Muzium Negara, Kuala Lumpur untuk pameran umum.

"Seseorang individu tidak layak menyimpan sebarang dokumen sejarah dan meletakkan nilai seni warisan negara melalui harga lelongan di pasaran.

"Ini kerana, ia tidak boleh dijual kepada orang awam kerana hak kerajaan," katanya ketika mengulas tindakan Abdol Rahman yang menjualnya di dalam talian e-Bay.

Beliau berkata, arkib mempunyai Jawatankuasa Penilaian Perolehan Bahan-bahan Arkib yang berperanan menilai dan mengkaji sesuatu dokumen, fail, rekod, mikrofilem dan arkib persendirian sama ada asli atau sebaliknya.

"Nilai warisan ditentukan umur bahan, keadaan fizikal sama ada masih elok atau telah koyak dan keunikan kepada sejarah negara.

"Jika ada individu mahu menjual untuk mendapatkan keuntungan, terpulanglah padanya dan saya hendak tanya, dari mana dia mendapat dokumen asal berkenaan kerana sesuatu bahan sejarah tidak diserahkan kepada orang awam sesuka hati," katanya.

Dokumen asal ditulis di atas kulit kambing yang diserahkan Jabatan Perdana Menteri pada 1967.

AS sedia kongsi pengalaman

Posted: 19 Sep 2011 05:00 PM PDT

AS sedia kongsi pengalaman IPOH – Amerika Syarikat sedia berkongsi pengalamannya dengan Malaysia dalam menggubal undang-undang berkaitan keganasan bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Paul W Jones berkata, ia terpulang kepada negara untuk merangka undang-undang sendiri dalam melin-dungi keselamatan nasional.

"Kami sangat mengalu-alukan cadangan diumumkan Perdana Menteri untuk memansuhkan ISA bagi melindungi kebebasan awam di Malaysia.

"Satu cabaran bagi semua negara, tetapi Perdana Menteri telah menunjukkan komitmennya," katanya pada selepas mengadakan kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat dan Duta Jepun ke Pejabat Menteri Besar, di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, Duta Besar Jepun ke Malaysia, Shigeru Nakamura berkata, beliau gembira kerana sehingga, kini terdapat banyak jalinan perniagaan antara Jepun dan Perak.

"Saya bangga dengan hubungan yang terjalin antara kedua-dua pihak dan selepas ini saya berharap akan datang lagi ke Ipoh bersama rakan lain," katanya.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, Kerajaan Negeri telah mendengar hasrat daripada kedua-dua negara dalam usaha menambahkan pelaburan.

"Perbincangan tersebut turut melihat ruang baru yang ada di Perak dan industri pelancongan adalah antara yang berpotensi besar untuk dikembangkan," katanya.

Menurutnya, dalam perbincangan Shigeru Nakamura, beliau turut menyatakan keyakinannya terhadap industri pelancongan di Perak.

Menurutnya, pertemuan dengan Duta Besar Amerika Syarikat dan Jepun mewujudkan perbincangan dua hala yang baik.

"Melalui perbincangan itu, kita saling bertukar-tukar pandangan tentang peluang pelaburan khususnya daripada kedua-dua belah pihak," katanya.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved