Selasa, 27 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Agrobank struktur semula unit perniagaan

Posted: 26 Sep 2011 05:00 PM PDT

Agrobank struktur semula unit perniagaan Agrobank Malaysia melaksanakan penstrukturan semula unit perniagaannya di seluruh negara bagi mensinergikan tumpuan dan muncul sebagai pemboleh dalam membantu Malaysia merealisasikan ekonomi berpendapatan tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wan Mohd Fadzmi Wan Othman berkata, langkah itu termasuklah merasionalisasikan rangkaian kawasan bank itu daripada 12 kepada lapan, membuka lapan pusat perniagaan di setiap kawasan dan mengurangkan masa untuk kelulusan pinjaman.

Proton dijangka raih untung besar 2014

Posted: 26 Sep 2011 05:00 PM PDT

Proton dijangka raih untung besar 2014 OSK Research menjangkakan Proton Holdings Bhd akan meraih keuntungan berlipat ganda menjelang tahun kewangan 2014, disokong oleh kadar penggunaan kilang yang tinggi berikutan kerjasamanya dengan Mitsubishi Motor Corp (MMC).

Bagaimanapun, ia berkata, adalah terlalu awal menyatakan anggaran berapakah keuntungan itu memandangkan butiran akhir mengenai usaha sama itu masih belum dipastikan.

"Lagipun, kami mengingatkan adanya risiko penangguhan dalam pelancaran kereta kompak global baharu Proton yang dijadualkan dikeluarkan pada 2013," katanya dalam nota penyelidikan, semalam.

Proton dan MMC akan mewujudkan syarikat usaha sama di mana syarikat pembuat kereta negara ini kemungkinan menguasai 60-70 peratus kepentingan dengan baki dipegang oleh Mitsubishi.

Butir-butir itu akan diumumkan dalam dua bulan ini dengan kedua-dua pihak akan memuktamadkan status perintis, pelaburan dan insentif elaun cukai.

Pengurusan Proton komited untuk melabur RM800 juta dalam tempoh dua tahun ini bagi usaha sama berkenaan, di mana, Proton akan menghasilkan tren kuasa (pemesinan dan pemasangan) dimajukan Mitsubishi.

Tren kuasa itu akan digunakan untuk pelancaran model baharu akan datang oleh kedua-dua kereta kompak global Proton dan Mitsubishi serta pelancaran modal lain.

Syarikat penyelidikan itu berkata, dengan menghasilkan tren kuasa itu di dalam negara, Proton akan menjimatkan perbelanjaan modal penyelidikan dan pembangunan dan tren kuasa itu berpotensi untuk lebih murah.

"Selain itu, Proton akan memeterai kontrak pemasangan dengan Mitsubishi yang akan menyaksikan jumlah sasaran 60,000 unit setahun menjelang 2013," katanya.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved