Isnin, 5 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


PTPTN pulang faedah pinjaman

Posted: 04 Sep 2011 05:00 PM PDT

PTPTN pulang faedah pinjaman TEMERLOH - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memulangkan semula faedah pinjaman konvensional kepada peminjam tabung tersebut yang menukarkan status pinjaman mereka kepada konsep ujrah.

Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, pihaknya akan membayar balik lebihan kadar faedah antara tiga hingga empat peratus sebelum ini kepada peminjam secara berperingkat.

Menurutnya, seramai 836,408 peminjam tabung berkenaan daripada 1,379,374 penuntut yang meminjam di bawah konsep konvensional layak menukar kepada konsep ujrah.

"Manakala bakinya, 542,966 penuntut tidak layak kerana telah dikenakan saman, melanggar perjanjian, gagal menamatkan pengajian, menukar pengajian tanpa merujuk kepada PTPTN atau mendapat penaja lain.

"Selain itu, penuntut atau peminjam yang tidak layak mendapat faedah tersebut ialah yang telah membayar balik semua pinjaman dan mereka yang diberi pengecualian bayaran balik kerana memperoleh ijazah kelas pertama," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kuala Krau di dewan orang ramai Kampung Peragap, dekat sini, semalam.

Noramfaizul layak terima anugerah

Posted: 04 Sep 2011 05:00 PM PDT

Noramfaizul layak terima anugerah SHAH ALAM – Cadangan supaya Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor dianugerahkan gelaran wira media, mendapat sokongan ramai, memandangkan beliau petugas media pertama terkorban dalam misi bantuan kemanusiaan di luar negara.

Penerima Anugerah Kajai 1985, Datuk Hafifi Hafidz berkata, Allahyarham wajar diberikan gelaran itu, bagi mengiktiraf pengorbanannya.

"Ia adalah pengiktirafan kepada petugas media kerana jurukamera juga berisiko mengancam nyawa seperti: wartawan," katanya.

Selain itu, beliau turut menyokong setiap syarikat akhbar, milik kerajaan atau swasta memberikan perlindungan insurans.

"Sekiranya berlaku kejadian tidak diingini, syarikat akan membayar kerugian dialami," katanya.

Bekas penerima Anugerah Kajai 2008, Jalal Ali Abdul Rahim pula berkata, anugerah itu sebagai pengiktirafan kepada pengamal media di negara ini yang berusaha mendedahkan tragedi atau konflik di dunia untuk disebarkan kepada rakyat secara objektif tanpa sebarang prejudis.

Bagi pemenang Anugerah Kewartawanan Malaysia 1996, Hashim Anang berkata, beliau menyokong cadangan itu, memandangkan pengamal media turut bertanggungjawab membantu negara mencapai kemerdekaan.

Sementara itu, Exco Pemuda Umno, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, penghargaan itu sebagai gala-kan kepada petugas media yang berani bertugas di negara yang sedang bergolak dan berdepan risiko.

"Pengamal media boleh mempertimbangkan penghargaan ini untuk diberikan kepada Allahyarham memandangkan beliau meninggalkan semangat tinggi demi menyempurnakan tugasan di Somalia," katanya.

Menurutnya, kementerian berkaitan, seperti Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, perlu memastikan petugas media yang bertugas di luar negara bagi misi yang diiktiraf kerajaan diberikan insentif khas sama ada syarikat atau kementerian.

Selain memberikan insentif khas seperti elaun dan insurans, beliau turut mencadangkan supaya mereka yang menyertai misi kemanusiaan membawa bersama pasukan keselamatan.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved