Ahad, 25 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Guan Eng seperti cemburu

Posted: 24 Sep 2011 05:00 PM PDT

Guan Eng seperti cemburu

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman menyifatkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bermentaliti sempit ekoran kenyataannya yang mengklasifikasikan Johor tidak selamat untuk pelabur asing.

Beliau berkata, kenyataan Guan Eng dilihat seperti cemburu atas kejayaan Johor, selain cuba menarik pelaburan asing ke negeri yang diterajuinya dengan cara yang tidak berhemah.

"Ayat yang digunakannya seolah-olah beliau cemburu dan tidak bertujuan baik apabila mengeluarkan kenyataan sedemikian di luar negara sekali gus memburukkan imej Johor dan Malaysia amnya.

"Kita tahu Lim dan ayahnya, Lim Kit Siang, selalu berkunjung ke sini (Johor). Tak pernah pun mereka kena culik. Ini hanya kenyataan ikut sedap mulut dan bermentaliti sempit," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Masjid Bukit Indah di Taman Bukit Indah di sini, semalam.

Terdahulu, akhbar melaporkan Guan Eng dalam satu temu ramah di sebuah stesen radio Australia dilaporkan berkata, Johor bukanlah negeri selamat kerana penuh dengan jenayah dan peluang untuk diculik sangat mudah berbanding Pulau Pinang.

Abdul Ghani berkata, kenyataan itu adalah tidak benar dan menegaskan Johor adalah negeri yang aman dan berkembang dari segi ekonomi selain kadar jenayah yang terkawal.

"Dakwaan bahawa Pulau Pinang mendahului negeri lain dalam sektor pelaburan adalah tidak benar kerana Johor antara negeri yang berjaya menarik pelabur asing pada paras yang tertinggi di Malaysia.

"Di Iskandar Malaysia saja, jumlah pelaburan yang berjaya dibawa masuk adalah sebanyak RM76 bilion dan dijangka meningkat pada tahun yang mendatang. Jika dibandingkan dengan Pulau Pinang, mereka jauh ketinggalan," katanya.

Mengulas lanjut, Abdul Ghani berkata, gambaran yang cuba disebarkan tidak akan memberi kesan buruk kerana pelaburan masuk secara berterusan, terutama yang membabitkan pembangunan Iskandar Malaysia.

Katanya, ini terbukti dengan pengumuman terbaru syarikat dari China, Zhouda Real Estate Group yang memeterai perjanjian persefahaman projek dengan Iskandar Investment Bhd (IIB) di Beijing untuk pembangunan kediaman dan projek komersial di Medini, Iskandar Malaysia, sepertimana yang dilaporkan di akhbar.

"Jika Guan Eng mahu berbangga dengan pencapaian Pulau Pinang, dia perlu ingat usaha membawa masuk pelaburan asing ke Pulau Pinang dimulakan sejak zaman mendiang Tun Dr Lim Chong Eu lagi.

"Jika dibandingkan dengan Pulau Pinang, pelaburan asing di Johor jauh mendahului dengan melibatkan pelbagai bidang, bukan setakat elektrik dan elektronik, malah dalam bidang berkaitan makanan, minyak dan gas serta perindustrian," katanya lagi.

Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf terima anugerah

Posted: 24 Sep 2011 05:00 PM PDT

Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf terima anugerah

BESUT- Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, Muhammad Nasir Hamzah adalah salah seorang daripada 12 anak kelahiran Besut yang hadir menerima Anugerah Tokoh Kemerdekaan sempena Program Semarak Merdeka peringkat daerah Besut semalam.

Nama beliau dipilih oleh jawatankuasa pemilih khas berdasarkan pencapaian mereka dalam bidang masing-masing hingga mengharumkan nama negara dan Terengganu.

Muhammad Nasir menerima plug Tokoh Penghargaan yang disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih, Datuk Seri Idris Jusoh.

Muhammad Nasir berkata, pengiktirafan yang diberikan kepadanya telah memberi semangat kepada beliau untuk memperjuangkan industri penerbitan negara ke peringkat lebih tinggi.

"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada keluarga yang menyokong perjuangan saya termasuk karyawan Kumpulan Media Karangkraf yang berjaya meletakkan Karangkraf di tempat sewajarnya.

"Walaupun pengiktirafan ini hanya di peringkat daerah tetapi ia menyuntik semangat saya dan juga rakyat Besut agar lebih berjaya," katanya yang ditemui selepas majlis tersebut.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved