Selasa, 6 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


54 peratus mahu kekalkan PPSMI

Posted: 05 Sep 2011 05:00 PM PDT

54 peratus mahu kekalkan PPSMI SHAH ALAM – Kajian menunjukkan 54.08 peratus wakil pertubuhan, persatuan, parti politik dan Kementerian Pelajaran, mahu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Bahasa Inggeris (PPSMI) dikekalkan.

Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah (gambar) berkata, jumlah itu diperoleh hasil kajian Impian dan Harapan dijalankan JMM.

"JMM tidak pernah mengulas mengenai isu ini, sehingga Kajian Impian dan Harapan dijalankan bagi mendengar suara ibu bapa dan menilai sendiri harapan mereka, terhadap masa hadapan anak-anak.

"Rumusan ini diperoleh daripada 15,000 maklum balas diterima, hasilnya, separuh daripada mereka mahu PPSMI dikekalkan," katanya.

Beliau berkata, hasil kajian ini juga menunjukkan keputusan sama seperti kaji selidik dijalankan Parents Action Group For Education (PAGE).

"JMM juga menyokong hasrat PAGE yang mahu berjumpa dengan Kabinet, serta memohon campur tangan Perdana Menteri bagi menyelesaikan masalah ini," katanya.

Beliau berkata, isu ini sengaja dipolitikkan bagi mensensasikannya untuk kepentingan parti politik.

"Selama ini, isu PPSMI dipolemikkan beberapa pihak. Sudah tiba masanya, suara ibu bapa diberikan keutamaan oleh kementerian kerana mereka adalah golongan bertanggungjawab secara langsung terhadap pendidikan anak-anak mereka," katanya.

Beliau berkata, JMM memahami hasrat kementerian yang mahu sistem: pendidikan berteraskan aspirasi pembangunan Bahasa Malaysia, bagaimanap:un, ia adalah salah satu syarat wajib bagi anak-anak melanjutkan pelajaran ke luar negara serta syarat utama bagi 12 juta sektor pekerjaan di negara ini.

"PPSMI diwujudkan di atas dasar keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi.

Pas tidak pernah bincang isu Azizan

Posted: 05 Sep 2011 05:00 PM PDT

Pas tidak pernah bincang isu Azizan SHAH ALAM – Pas Pusat sama sekali tidak pernah bincang isu mahu menggantikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebagai Pesuruhjaya Pas negeri itu, kata Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurutnya, isu itu tidak pernah timbul yang bermakna kepimpinan Pas di peringkat Pusat sentiasa menyokong kedudukan Azizan sebagai Menteri Besar dan juga Pesuruhjaya Pas Kedah.

"Memang kita maklum beliau pernah ada masalah kesihatan tetapi sudah pulih dan sudah boleh bertugas," katanya.

Tuan Ibrahim berkata, beliau difahamkan, Azizan juga akan mesyuarat bulanan Pas Pusat minggu depan.

Isu kedudukan Azizan dikatakan akan diganti dengan pemimpin lain bermula dengan pelantikan Pemangku Menteri Besar Kedah timbul lewat laporan akhbar The Star 2 September lalu yang mendakwa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan bertemu kepimpinan Pas negeri untuk membincangkan isu itu.

Ini sebelum langkah susulan termasuk mendapatkan perkenan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bagi melantik pengganti Azizan dilakukan.

Pas, selain Azizan sendiri bagaimanapun menafikan berita itu malah Abdul Hadi juga tidak hadir majlis rumah terbuka Aidilfitri Menteri Besar di kediaman rasminya, Seri Mentaloon, Alor Setar 4 September lalu.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved