Isnin, 12 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Maxis tawar sim kad khas untuk jemaah

Posted: 11 Sep 2011 05:00 PM PDT

Maxis tawar sim kad khas untuk jemaah Bersempena dengan musim Haji yang akan datang tidak lama lagi, Maxis, peneraju penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu Malaysia, akan menawarkan sim kad khas dari Saudi Telecom Company (STC) yang membolehkan para jemaah membuat atau menerima panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) di Arab Saudi pada kadar tempatan.

Kad sim itu dimuatkan dengan kredit prabayar sebanyak 25 Saudi Riyal dan menawarkan para pelanggan masa bercakap percuma selama 40 minit.

Untuk menjayakan hasrat itu Maxis akan bekerjasama dengan Tabung Haji dan kad SIM ini akan diagihkan secara percuma kepada jemaah Haji di beberapa lokasi balai berlepas, iaitu di Selangor (Kelana Jaya), Johor Bahru, Pulau Pinang, Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching, sebelum mereka berangkat ke Arab Saudi.

Secara keseluruhan, Maxis akan mengedarkan 17,000 SIM kad khas STC kepada jemaah Haji.

Penawaran perkhidmatan baru daripada Maxis itu diumumkan bersempena dengan pelancaran program 'Sahabat Korporat Tabung Haji' yang diadakan di ibu pejabat Lembaga Tabung Haji.

Naib Presiden Hubungan Korporat Maxis, Mariam Bevi Batcha telah menyampaikan cek bernilai RM750,000, iaitu nilai sumbangan Maxis dalam bentuk perkhidmatan dan produk komunikasi kepada Lembaga Tabung Haji.

Menurutnya, Maxis amat berbangga kerana dapat mengambil bahagian dalam program Sahabat Korporat Tabung Haji untuk tahun keempat berturut-turut.

Katanya, pelanggan pascabayar Maxis boleh menikmati diskaun eksklusif sebanyak 30 peratus untuk panggilan suara perantauan yang dibuat ke Malaysia, sama ada untuk kedua-dua nombor tetap dan mudah alih. Tawaran ini sah bermula 1 Oktober hingga 15 Disember 2011.

Pelanggan pascabayar perantauan Maxis juga dapat menikmati perantauan data tanpa had untuk RM48 sehari pada masa yang sama.

"Maxis komited untuk terus meningkatkan tawaran perkhidmatan kepada jemaah supaya mereka menikmati ketenangan fikiran semasa mengerjakan ibadah Haji dan Umrah," katanya.

Lampu hijau wajar untuk MASwings

Posted: 11 Sep 2011 05:00 PM PDT

Lampu hijau wajar untuk MASwings Kementerian Pengangkutan wajar memberi MASWings hak untuk beroperasi dalam Kawasan Pertumbuhan Asean Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA), termasuk Brunei, bagi memenuhi kekosongan semasa.

Menteri Pelancongan dan Warisan Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg (gambar) sambil menyuarakan rasa kecewa terhadap kementerian Pengangkutan yang belum memberikan lampu hijau kepada MASWings meskipun mendapat kelulusan kerajaan Brunei untuk terbang ke sektor itu berkata, beliau akan membawa perkara itu kepada kerajaan persekutuan tidak lama lagi.

"Ini agak ironis. Anda boleh merasionalisasikan syarikat penerbangan, namun jangka mendiskriminasi dan menjejaskan keseluruhan industri memandangkan Sabah dan Sarawak merupakan sebahagian daripada Malaysia dan kami telah membuat sumbangan besar kepada pembangunan nasional," katanya kepada pemberita selepas penutupan mesyuarat agung dwitahunan Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara Sarawak (MITSA), di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, kawasan itu tidak mendapat perkhidmatan ketika ini selepas Royal Brunei Airlines menamatkan laluan Kuching-Bandar Seri Begawan.

Setelah dimaklumkan mengenai perkara itu beberapa hari lepas, beliau berkata, Kementerian Pengangkutan wajar melihat keperluan kedua-dua negeri itu, terutama dalam kawasan BIMP-EAGA.

Mengenai berita bahawa syarikat penerbangan Firefly akan menamatkan penerbangan di Sarawak dan Sabah, beliau berkata langkah itu mungkin akan memberi implikasi negatif terhadap usaha negeri berkenaan mempromosikan

pelancongan, terutama destinasi yang tidak mempunyai laluan terus,

Difahamkan rundingan berjalan antara syarikat induk, MAS dan AirAsia susulan rasionalisasi antara dua syarikat penerbangan itu yang tidak membolehkan Firefly bersaing dengan syarikat penerbangan tambang rendah berkenaan.

Abang Johari juga berkata kementerian itu akan berbincang dengan MAS mengenai kemungkinan membeli pesawat amfibia Twin otter generasi baharu MASWings, lengkap dengan pelampung untuk mendarat atas air dan darat bagi menambah nilai terhadap produk pelancongan berasaskan alam sekitar Sarawak seperti Batang Ai dan tasik Bakun.

"Ia dijangka menelan kos tambahan US$100 juta. Kementerian Pelancongan akan memberi tempoh masa dua tahun bagi membangunkan infrastruktur dan rangka tindakan berasaskan pengalaman industri pelancongan Maldives," katanya.

Beliau akan mengetuai delegasi para pegawai pelancongan negeri melawat Maldives pada 19 September ini bagi mengkaji produk pelancongan negara itu. -Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved