Jumaat, 30 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


3 maut, 2 cedera parah kereta bertembung lori

Posted: 29 Sep 2011 05:00 PM PDT

3 maut, 2 cedera parah kereta bertembung lori LUMUT - Tiga sekeluarga maut, manakala dua lagi cedera parah dalam satu kemalangan ngeri di Kilometer 4, Jalan Seri Manjung-Segari berhampiran Kampung Sungai Rumput, dekat sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohd Jamil Osman berkata, kejadian berlaku pada jam 11.30 malam melibatkan sebuah Perodua Kancil dengan sebuah lori tiga tan.

"Siasatan awal mendapati Perodua Kancil yang dinaiki lima penumpang itu dalam perjalanan ke rumah mereka di Pantai Remis.

"Mereka dari arah Seri Manjung menghala ke Segari bertembung dengan lori dari arah bertentangan selepas gagal memotong sebuah kenderaan lain di tempat kejadian.

"Pertembungan itu menyebabkan dua penumpang kereta mati di tempat kejadian, manakala seorang lagi mangsa, meninggal dunia selepas dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB)," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Mohd Jamil berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Roslan Osman, 35, dari Kampung Permatang Raja, Pantai Remis; anak perempuannya Puteri Nurul Najwa Roslan, 12, dan anak saudara mangsa, Ainuddin Abd Wahab, 15.

"Pemandu kereta Zolkiffli Zakaria, 38, cedera parah di kepala, manakala seorang lagi penumpang kereta berkenaan, Ahmad Zamani Mat Yusof, 33, patah kedua belah kaki dan luka di kepala.

"Pemandu dan dua kelindan lori bagaimanapun hanya cedera ringan," katanya.

Guru wanita, pelajar ditahan

Posted: 29 Sep 2011 05:00 PM PDT

Guru wanita, pelajar ditahan DUNGUN – Siapa sangka seorang cikgu wanita yang selama ini dilihat seperti tidak ada cacat cela, diberi amanah untuk mendidik anak bangsa, rupa-rupanya penagih dadah tegar.

Dia sendiri bukan anak remaja, malah sudah punya tiga cahaya mata.

Namun, di sebalik semua ciri-ciri yang 'tidak disangka' itulah, dia bijak menyembunyikan rahsia diri yang sebenar, penagih dadah yang tegar.

Segalanya terdedah dalam satu ujian saringan yang menyaksikan cikgu berusia 30-an itu 'terkantoi' apabila air kencingnya positif dadah jenis methapethamine.

Hasil ujian itu sememangnya mengejutkan semua warga sekolah tempat dia mengajar di sini kerana melihat penampilannya, tiada siapa pun yang sangka dia seorang penagih dadah, apa lagi penagih yang tegar.

Keputusan ujian itu bukan sahaja menyebabkan si cikgu terpaksa bermalam di lokap, malah turut membongkar satu lagi rahsia rumahtangganya iaitu suaminya, seorang kakitangan kerajaan juga disyaki penagih dadah.

Guru itu kini ditahan dan akan menghadapi pendakwaan mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam kes berasingan, seorang pelajar sekolah menengah bersama seorang rakannya di Kampung Pulau Serai, dekat sini, ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes curi motosikal.

Remaja yang masih bersekolah Tingkatan Empat di sekolah berdekatan itu ditahan dalam serbuan polis di rumahnya.

Hasil ujian saringan air kencing mendapati dia juga positif dadah jenis methapethamine.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan tangkapan kedua-dua kes berkenaan.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved